Saturday, 23 April 2011

Aku da mula di panggil kakak

Oh semalam aku pergi tengok wayang cerita Red Riding Hood. Masa mula2 tu macam tengok Twilight. Mungkin sebab dari pengarah yang sama. Lagi pon cara senimatografi dia pon lebih kurang. Tapi boleh tahan jugak la cerita nya. Huhu. Tapi aku bukan nak cerita pasal cerita Red Riding Hood. Aku nak cerita masa aku beli popcorn. Masa aku g beli tiket tu abang aku suruh beli popcorn. Lepas tu aku beli la. Masa kat kaunter tu budak laki cashier tu tanya 'Ye kak, nak beli ape?'. Aku jawab nak popcorn combo. Lepas tu abang aku cakap ' kakak da....'. Baru aku perasan. Eh, aku da tua ke? Da dipanggil kakak. Haha. Aku da mula da terasa yang aku da mula nampak agak matang. Ermm, bukan tua ye. Aku masih lg muda. Senyum perasan sendiri. 

Ye la, kawan2 pon da mula melangkah ke alam perkahwinan. Lepas sorang, sorang kawan aku kawen. Aku da mula rasa tekanan bila orang asek tanya bila aku pulak. Aaaaaahhhh. Aku muda lagi. Banyak lagi yang aku nak belajar. Banyak benda yang aku nak masih tak tercapai. Abang aku pon belum kawen lagi. Rilex je. Ingat kawen tu senang? Tanggungjawab besar. Aku ni masak pon lom pandai. Setakat masak air pandai la. Haha. 

Ermm. Bila da mula di panggil kakak aku da mula terfikir, tanggungjawab makin besar. Sebab tanggungjawab makin besar bila umur meningkat. Bagi aku la. Aku tak tau orang lain. Andai kata boleh la undur waktu, aku nak kembali masa kanak2.  Masa boleh men kejar2 laki dan pompuan. Men galah panjang, men lumbe basikal. Yang paling best, men bola pakai botol plastik. Haha. Tu la paling aku suka. Erm hidup kene pandang ke depan. Da kene pikul tanggungjawab sekarang ni. Kene semakin matang.  


Masa hadapan terbentang luas







Masa depan terbentang luas. Kita yang nak hadapinye, jadi kita yang pilih jalannya.Jangan hanya mengikut arus. Kene ikut kata hati juga dan dibantu akal fikiran. Ohh, sangat tak percaya aku da dipanggil KAKAK.



just saying : Tetap rasa muda... Sengeh.

No comments:

Post a Comment