Monday 19 December 2011

Hanya untuk kamu

Aku tahu aku tidak sempurna
Aku tahu aku bukan wanita contoh
Tapi aku tahu aku boleh menjadi yang terbaik untuk kamu
Aku boleh menjadi ibu yang hebat untuk anak-anakmu

Aku ingin menjadi yang halal bagimu
Aku ingin menjadi bidadarimu apabila di syurga kelak
Aku ingin menjadi seseorang yang kamu bangga kan
Aku ingin menjadi seseorang yang sentiasa di belakangmu
Dikala waktu susah atau senang
Aku ingin menjadi seseorang yang sentiasa disisimu apabila kamu memerlukan
Sesungguhnya kasih sayangku ini hanya untuk mu
Sehingga nafas terakhirku

-erillia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday 16 December 2011



Sesungguhnya aku pun tak mengerti apa perasaan aku kala ni. Keliru, sedih bercampur baur. Aku tak boleh menerima semua ini. Aku terlalu manyayangi diri nya. Aku mengaku semua nya berpunca dari aku. Ya aku degil. Sangat degil. Tetapi aku sayangkan dirinya. Terlalu menyayangi dirinya. terlalu menyintai dirinya. Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk dirinya. Tetapi jangan suruh aku melupakan dirinya. Jangan lepaskan aku. Hanya itu yang aku pinta. Kerana sungguh aku tak boleh hidup tanpa dirinya. Tolong jangan begini. Awak cakap awak sayangkan saya. So pleasa give us a chance. U know this going to be hard. But we have to face it together. I really need you. I love u so much! 




Ya Allah, Kau lembutkan lah hatinya kembali untuk menerima aku kembali. Sesungguhnya aku tak kuat jika kau menduga aku begini. Aku merayu kepadamu ya Allah, jangan lah Kau pisahkan dia dari hidup aku. Aku tak kuat jika Kau memberi dugaan seperti ini. Dia lah kekuatanku selama ini. Aku teramat menyayangi diri nya ya Allah. Aku berdoa dan merayu kepadaMu ya Allah, jangan lah Kau pisahkan aku dan dia. Aku pernah kehilangan dia dulu. Aku tak mahu kehilangan dia sekali lagi. 




Awak, tolonglah jangan buat macam ni. Saya terlalu sayangkan awak. Saya sangat-sangat menyintai awak dengan sepenuh hati saya. Satu je saya mintak dari awak..Jangan lepaskan saya. Pleaseeee....

Monday 12 December 2011

Perasaan ini



Salahkah hanya mahu mengetahui dan memahami
Hanya ingin berkongsi dan dikongsi
Kerana ingin merasa diperlukan dan dihargai
Tetapi mengapa tidak memahami isi hati ini?
Perasaan rindu terlalu mahu pergi
Tetapi perasaan ditahan dari pergi
Hanya kerana terlalu menyayangi menjadikan begini
Perasaan tak tertahan lagi
Lalu menangisi semua ini...





Wednesday 7 December 2011

Yakin kan aku



Yakinkan aku jika kamu yang satu
Yakinkan aku dengan cinta
Yakinkan aku dengan rindumu
Yakinkan aku dengan cara
Yakinkan aku dengan kepercayaan
Yakinkan aku dengan kejujuran

Jangan yakinkan aku dengan kata-kata
Jangan yakinkan aku dengan mata
Jangan yakinkan aku dengan senyuman
Jangan yakinkan aku kesenangan

Yakinkan aku cinta....