Wednesday 30 March 2011

Bukan tak suka ade maid, tapi...

Oh hari ni memang penat. Padahal kat ofis takde keje pon. Tak tau la nape. Erm, budak ofis aku tu nak berhenti keje da. Bulan depan die last. Aaaa..aku pon nak cari keje lain la camni. Bukan dok umah ngan mak tak best, best sebab tak pikir ape. Just nak berdikari sendiri. Da umur 23 pon dok umah ngan mak. Kalau membe pompuan aku ade kat mua ni tak pe gak. Pastu kalau dok umah ni ade maid pon cam ape ntah, baik aku dok umah sewa ngan membe lagi best. Mesti korang pikir kenapa kan? Ermm..bukan aku tak suke ade maid. Memang la best, semua keje die buat. Kalau dapat yang ok, kalau dapat yang tak ok camne? Tapi kalau bab kat umah aku ni, die ok je. Well, honestly die ok just ngan majikan die je la. And my mummy Datin Azizah and ofkos my daddy Datok Razak. Abah aku actually not a Datok and my mummy not a Datin. Just nama panggilan aku je kat diorang je. Hehe. Well abah memang datok pon sebab da ade cucu.

Ok lets back to the topic. Bukan aku tak suke ade maid. And maid aku pernah tanya kalau aku kawen nanti mesti kene amek maid sebab aku ni pemalas. Yes aku admit yang aku ni pemalas. Memang susah nak tengok aku kemas rumah apatah lagi dok memasak. Tapi tak bermaksud aku tak tau nak mengemas atau memasak. Sebab dulu masa study ade kemas umah and masak ok. Then bila da balik umah mak sekali sekala memang la malas. Nak manje ngan mak la konon. Lepas die tanya aku camtu aku jawab la yang aku taknak amek maid. Die tanya kenapa? Aku jawab la aku nak urus kan rumah tangga aku sendiri. Aku boleh jaga family aku sendiri ape. Ape die susah nak aku amek maid? Lepas tu die boleh cakap alangkah umah mak pon tak nak kemas apatah lagi da dok sendiri. Weh, kalo camtu buat ape la dok baya gaji ko kalo ko tak buat keje?? Tu je la jawapan nye kan? Lepas tu boleh pulak kan semua barang yang kat umah ni nak bagi ko kan. Buat la muke kesian ko tu. Ko ingat aku nak kesian? Korang cakap la aku kejam ke ape. Pedulik ape aku. Baik maid aku yang sementara dulu tu la bagus! Takde banyak tanya kat aku.

Ha tu yang tu. Bukan aku tak suka ade maid, tapi kan diorang buat semua keje. Dari kemas umah, basuh baju, gosok baju sampai la masak. Whaattt?? Masak pon sekali. Aku tak la kate ape, sekarang memang la semua orang bekerja tak kira la suami ke isteri. Which is yang kawen ngan Dato' pon tak keje tapi ade maid kat umah. Tapi aku pikir camni. Diorang da kemas umah, bile suami korang balik umah, suami akan pikir 'maid da kemas umah'. Then, basuh n gosok baju, 'maid da basuh n gosok baju'. Bila masak 'sedap maid aku masak'. Korang nak ke suami korang yang pikir maid buatkan semua tu? Aku tak nak. Aku nak bia suami aku pikir camni bila die balik umah yang kemas, 'wah, isteri aku kemas umah'. Lepas tu bila basuh baju n gosok baju, 'isteri aku gosokkan baju'. Kan ade sentuhan isteri yang die bawak g keje. Bukan maid korang tu. Bila masak pulak suami akan pikir camni, 'sedap nye my wifee masak'. Walaupon tak sedap die akan cakap sedap sebab korang ikhlas masakkan die.

Well tak la aku cakap semua maid tu tak bagus. Ade yang bagus. Well ade pro and contra nye la orang kate kan. Up to u la ape2 pon.

just saying : kat paper maid dera anak majikan. kat umah aku anak majikan dera maid. camne tu?? Anak buah aku memak ganas tak rupa cm pompuan.

Tuesday 29 March 2011

Kenapa lelaki boleh jadi gay??

Da bape hari entry aku pendek je. Ini semua sebab aku tak tau nak tulis ape and badan aku pulak tak berapa nak sihat.Hari ni tak la fully sihat tapi oklah. Tiba2 tadi si dia pulak malas nak g kelas. Ish da nak exam tak boleh malas2 aku kate. 

Ape aku melalut ni la. Takde, sebenarnya ahad ari tu aku g tengok cerita 'In The Bottle' ( sila baca ... dalam botol sebab aku ikut abang aku). So, aku pon terfikir la. Kenapa lelaki boleh jadi gay? Bukan ke same je? Pastu semalam ade la aku baca blog ni cerita pasal gay. Die tak suke golongan gay and lesbian and sewaktu nye lah. Aku tak kate aku tak suke, aku x kata aku sokong jugak golongan ni. Well sebenarnya aku kesian. Kenapa? Sebab diorang ni still tak boleh fikir mane betul mane salah. Sebab golongan ni selalu cakap yang sejak azali lah, hati da macam tu lah nak buat macam mane. Tak boleh nak ubah. What the fish la kan!! Ni semua terpulang pada hati masing2. Coz kebanyakan nye golongan2 ni golongan melayu. Yang paling best golongan gay ni hensem2, ganteng2, keje pangkat besar, gaji besar, macho+maskulin, ah kire hot la. Tu yang aku pelik tu camne la diorang ni leh jd camtu? Perempuan ramai kot kat dunia ni. Ko nak yang seksi, cun, manje? yang muslimah? cari je la. Jangan jadikan alasan perempuan sekarang ramai yang da takde dara. Salah siape? Bukan golongan korang jugak ke? Aku betul2 tak faham ape yang golongan2 ni cari. Kan same je. Well ape yang aku tau gay dan pondan adalah golongan yang berbeza. Gay lelaki yang macho+maskulin+metroseksual menjadi idaman perempuan selalunye  dan golongan pondan ni yang lembut and perasan nak jadi perempuan. Dan dua golongan ni memang sudah nak jadi kawan. Itu yang aku tau la.


nasib la patung jee

Lelaki....lelaki....Da la golongan lelaki makin sikit sekarang. Da tak memasal je perempuan kene berebut cari lelaki. Golongan gay ni pon berebut nak cari lelaki gak. Hahaha.


just saying : kene jaga si dia elok-elok sebab die penah nak kene raba oleh mamat gay. Whhaaaaattttt???

Monday 28 March 2011

Bila rasa tak sedap badan

Oohh...Tiba2 lepas minggu lepas aku da mula rasa tak sedap badan macam nak demam. Mungkin sebab cuaca tak tentu. Ya, aku kalah dengan cuaca terlalu panas ni. Lepas tu tambah dengan bau durian yang abah aku beli. Aduh terus pening kepala aku nih. Aku terus telan ubat untuk ilangkan pening. Lepas aku makan ubat mula la lalok pulak. Ah, aku memang kalah kalo bab ubat nih. tengok Mentor malam tadi pon sambil bbm dengan si dia pon da macam orang sawan ngantok nak tido. Series memang aku lalok gile. Da la petang tu aku pegi tengok movie ' .... Dalam botol'. Cerita tu adalah heavy drama. Agak lame nak tunggu cerita tu abes. Tapi Arja Lee belakon best la. Tak la rasa pelik sangat. 


Ahhh... Saat2 tak sihat camni rasa nak rehat kat rumah je. Tak bleh buat kerja dah. Da la ngantok gile babeng ni. I really need my doctor right now. Oooohhh. :(


Badan pon rasa panas je ni. Tak boleh fikir da ni. Aaaa..camne aku nak buat design ni??
Harap cepat la ilang rasa tak sedap badan ni.

need my doc~~


just saying : kene makan ubat...

Saturday 26 March 2011

Aku memang nak lepak je~~

Hari ni memang aku nak lepak je. Aku lame da aku tak relax2 ngan member aku ni. Aaaaaaaa......
Da.....Aku nak lepak je!!

sangat relax ni~~

Tuesday 22 March 2011

Bercakap sendirian tak bermaksud gile atau merungut

Orang selalu cakap bile ckp sorang2 mesti gile. Tak pon merungut. Kenapa ea? Tapi tak bagi aku. Huhu. Sebab aku pon suke cakap sorang2. Tak bermakna aku ni gile atau merungut. Ia nye salah satu cara untuk meluahkan perasaan atau pon hilangkan tensen. Abes aku ni suke cakap sorang2 gile la? Tak pon. Gile2 ye. Haha. Okay kite balik tajuk asal. Ape aku nk tulis tadi ha? Lupe da sebab ade lipas dok merayap bawah meja sambil ym si dia. Bodoh punye lipas! Nasib ade kucing aku kontot ni. Hesh! Ape ha td? Adooiii.... Ha pasal cakap sorang2. Cakap sorang2 ni bermaksud orang tu nak ekspresikan perasaan kat diri sendiri atau pon lauahkan pada diri sendiri. Aku suke cakap sorang2. Sebab bile aku cakap sorang2 bende tu cam lepas. Camtu la kirenye. Dan cakap sorang2 tak bermaksud merungut okay.....

Ianye lebih kepada meluahkan perasaan semata-mata. Benda yang boleh kite lega. Pastu aku suke cakap sorang2 masa buat design. Sebab nak cari idea. Kalau aku x cakap sorang nanti tak datang idea tu. Haaaaa....sape cakap orang yang suke cakap sorang2 tu gile, kepala senget, kepala tak betol dan sekutu dengannye??Bukan hanya aku suke cakap sorang2 aku cakap benda ni tak betul.

Lagi satu, orang yang dok cakap sorang tu....mane la tau die tengah begayut dok ade handsfree kat telinga die tu ha...cam aku selalu buat. Hehe......Camne tu??Camne tu????


takmo jadi camni~~


just saying : teknologi sekarang da maju sangat..Tak tercapai nak capai.

Aku pon tak faham sebenarnya~~

Okay.Hari ahad hari tu dok lepak ngan membe sekola rendah aku which is budak lelaki la. Dua orang. Then banyak la diorang dok cerita pasal kenangan masa sekolah rendah dulu yang banyak boleh dikatakan kalau ingat balik memang akan gelak la. Aku tau korang pon sama kan?Haha. Then cerita punye cerita budak2 ni masok pulak cerita pasal awek masing2.Membe aku sorang ni si A ni baru putus ngan awek die. Kesian jugak la aku dengar sebab awek die tinggalkan die sebab lelaki lain tu ade kereta. Which is membe aku si A ni ade moto LC je. Beb, LC tu!! best wooo....laju tu. Die cerita la yang die sanggup la dari Muar pegi ke Putrajaya sana malam hari pulak tu dok pujuk awek die. Tanye kenapa nak clash. Boleh plak awek die cakap selama ni kawan aku si A ni tak pernah mintak couple.Woi!! Abes selama ni yang sampai setahun lebih ko dok bersayang2 tu ape bende?? Kalau bukan couple ape? Gile!! Sebab kereta je ko tinggalkan kawan aku si A tu??tak faham...tak faham....Kawan aku si A ni pikir cmni je... Bf baru die dok same2 keje hotel. Hotel??ape lagi kan? ish2. Tapi aku taknak pikir yang buruk2. Mungkin sebab jauh aku rasa punca utama. 

Then ade lagi sorang ni. Aku bagitau tadi dua orang kan? Yang si R pulak. Die ni aku tak tau la.Asyik dok tukar awek. Haha. Orang pon kalau cakap name die memang orang x kenal. Tapi kalau cakap .....playboy (ooops name dirahsiakan ye...hehe) memang orang kenal..haha. Aku tak cakap ea orang yang cakap. Banyak yang die cerita kat aku tapi aku nak share satu cerita ni. Dia ade la nak usha sorang budak ni. Budak sekola. Umur baru 16. Tingkatan 4. Budak tu boleh tanya "Abang pakai moto ke kereta? ". Kawan aku jawab, "kereta." Pastu budak tu tanya lagi, "kereta ape abang pakai?". Kawan aku jawab, "wira.". Budak tu boleh jawab cmni. "Wira?takpe la bang". Terus blah. Kawan aku si R ni terpinga2. Haaaa??? Pakai wira pon budak tu taknak. Abes nak pakai kereta ape? BMW? Mini Cooper baru nak? Mak aih!! gile laaaa....aku tak faham....aku tak faham.....

Si dia takde kereta pon. Kalau die balik sini die bawak kereta mak die je. Wei, aku jumpe die jalan nek train je kot. Ape de hal. Janji nak makan sume nak jalan sume ade duit. Ape ko ingat pakai kereta besa sume ade duit ke?? Pakai kereta besa yang mude2 tu sume duit mak bapak diorang la gile!! Kalau pakai duit diorang pon hutang mesti banyak keliling pinggang. Korang nak harap je pakai kereta besa tapi poket kosong? Duit untuk bayar duit kereta ngan minyak je.Da tu ko nak mintak ape2 da tak dapat. Mengong!! Bak kate abang aku la kan 'Bia kereta buruk janji poket tebal'. Haaa....ada faham???

nak kereta ni~~


just saying :sayang berdasarkan harta atau paras rupa atau hati??




Sunday 20 March 2011

Hadiah itu simbolik

Haha...aku suke bila dapat hadiah walaupon aku tak banyak terima hadiah. Tak pe. Hari ni aku nak share pendapat aku pasal maksud di sebalik hadiah yang korang dapat tu. Tapi ni hanya pendapat aku saja okay? Nothing serious ataupon maksud betul2. Ini hanya lah pendapat aku dan maksud disebalik ape yang aku fikirkan.

1. Jam tangan

Korang selalu tak jumpe bf / gf hadiah kan jam tangan? selalunye gf kan yang selalu bagi jam tangan kt bf ni. sebabnye orang pompuan ni nak bf diorang selalu ingat kat diorang. Bila nak tengok jam pukul berapa mesti tengok jam tu and automaticly bf tu akan igt gf die sebab gf diorang yang bagi jam tu. Macam tu la kirenye. Kalau la ade bf bagi gf die jam tangan, aku akan rasa lelaki tu romantik.  (senyum sendiri)

        


mahu teddy bear sebesar ini~~
2. Anak patung
 
Ha benda ni selalu bf bagi kat gf. Which is aku tak suka teddy bear / anak patung yang berbulu. Sebabnye ia akan buat aku gatal hidung sebab berbulu. Tapi kalau aku dapat yang sebesar diri aku, aku suke la,hehe. Tapi aku sangat suke teddy Mr Bean sebab sangat comel. Oh bebalik pada maksudnye. Bagi aku kalau bagi anak patung a.k.a teddy bear, bf nye tu nak kan gf die ingat yang bf die selalu ade dekat dengan die walaupon jauh walaupon waktu tidur sekali pon. (senyum sendiri lagi)








 
mahalkan cincin ni?tapi cantik~~

3. Cincin

Haaaa. yang ni susah sikit la aku rasa kan kalau di beri. Sebabnye
selalu couple tu akan bagi cincin masa tunang atau nikah. Tapi ade jugak couple hadiahkan cincin walaupon cincin silver. Erm..bagi aku  kalau da bagi cincin tu die nak tunjukkan yang orang tu da jadi miliknye. So, orang lain tak boleh masuk line lagi da ade faham?

      






 4. Handphone

Senang je sebenarnye sebab sekarang da banyak fon murah2 kan. Beli je la sepasang fon tu kan. Huhu.
Maksud nye die nak couple nye tu selalu la sms atau call. okay?


beli bb saje boleh bbm. free lagi~~

Okay lah...cukup la 4 je..hehe..penat pulak taip nih..lagi pon da azan zuhur..waktu untuk solat da...ape2 pon ni semua just pendapat aku je okay...nothing seroius!

just saying : da pernah dapat adiah. :)

Facebook bukan punca retak hubungan

Okay pagi tadi aku ade baca paper yang ade suami isteri die yang ade bercerai sebab facebook. Dan ade yang dapat hidu kecurangan isteri / suami through facebook. Whhaatttt?? Punce facebook?? Hello!! Facebook tu macam jugak myspace, friendster and so whatever laman sosial yang lain. Which is nak cari kawan and so whatever. Kalau kate facebook punce, itu silap. Sebabnye ia berpunca dari sikap pengguna facebook tu sendiri okay? Kalau korang nak gune just untuk boleh men game farmville, cityville and so semua jadah game, go on la. And kalau korang nak buat duit dengan facebook, buat lah. And kalau korang buat akaun facebook tu untuk curang, curang la jadinye. Ade faham? So bende ni kene tanya hati sendiri la. Jangan nak salah kan benda2 yang tak berakal. Kita kan manusia yang diberi akal untuk berfikir. Dan benda ni terjadi bukan di kalangan budak sekolah, tapi kalangan orang dewasa yang dah kawin, dah ade anak. which is memang aku rasa tak patot terjadi la. Da jadi mak bapak budak tapi still ade rase nak mengawan ngan orang lain? Abes yang halal tu korang tinggal kan? What the fish la kan. Ade akal ade otak boleh fikir tak? Aku tak la cakap aku ni baik. Tapi bende2 camni tak patot jadi. Kene tanya diri sendiri. Ok?

Lepas tu aku baca yang si suami tu rasa tak sedap ati pegi dok godeh email ngan password si isteri. Kenapa mesti nak godeh? Mane sifat trust yang mesti ade tu dalam sesebuah perhubungan? Okay fine aku setuju yang kalau die tak godeh mungkin die tak dapat tau yang isteri die curang. Tapi kalau da macam tu, jangan salah kan facebook. Once again aku bagi tau, facbebook tak berakal! Yang berakal tu manusia. So, manusia yang harus fikir mane betul mane salah. Manusia tu sendiri yang harus tentu kan ape yang die nak buat.

Lastly, apa2 la kan. ade jugak yang salah gune kan facebook ni. Nak buat macam mane. bak kate Nabil 'lu pikirlah sendiri'.


Add caption



just saying : kalau takde facebook camne nak contact orang jaoh??

Saturday 19 March 2011

Jangan jadi stalker kalau tak nak sakit hati

Oh ye sebelum ape2, aku just nak share bende ni je. tak de maksud ape2.


Stalker??ape tu stalker? lah takkan tak tau. stalker tu pengintip lah. okay2, sebenarnye aku nak cerita la kan. ari tu aku ni saje2 la kan. niat di hati saje nak tengok sahaja. tak ade niat ape2 pon. aku pegi la bukak profile si dia. aku tak tau password dia ape. tapi aku mmg ade luck la. sekali masuk je memang betul tu pasword nye! haha agak hebat la kan. pastu punye aku tengok pumye tengok...tengok la inbox dia. niat di hati saje nak tengok. sekali adela  perempuan yang mesej die kan..walaupon die tak balas tapi hati aku da rasa sakit, geram dan macam2 sampai aku merajuk 2 hari takde mood dengan dia.kesian sangat dia. sebab die xtahu ape punca. lepas da nak masuk 3 hari die tanye aku betul2. then aku explain kat die semua.kenapa aku geram semua.nah amik kau! lepas tu die boleh cakap "sape suruh baca?" hah?? haha...ye tak ye jugak...itu kan hak privasi dia..kenapa mesti aku nak baca kan?lepas tu sendiri sakit hati..hahaha....lom jadi bini lagi da pandai jadi stalker...lepas tu aku da tak nak da jadi stalker nih..tak memasal aje aku nak sakit hati..pada hal benda tu takde ape pon.


rindu saat ni~~




So kepada couple2 yang kat luar sane, tak payah la nak dok belek fon atau facebook couple korang tu ha...pastu sakit hati dok gado sakan macam hape ntah! tiap2 ari jumpe pon nak dok belek sms or call log. pe hal??yang penting korang kene percaya antara satu sama lain. dan yang penting jujur. ok? kalau nak curang bile2 masa boleh curang. bukan kat facebook atau telefon je. pastu tak yah nak melenting kalau orang lain bagitau ape2 pasal couple korang tu. tanya elok2, bincang elok2...bukan begadoh ke bertekak ke...jangan tuduh melulu...okay??


just saying : kadang2 bercinta macam zaman mak ngan abah dulu seronok jugak. gune surat. senang. kalau takde surat marah kan posmen. padahal orang tu yang tak tulis surat.huhu~~

Mr. bean itu kreatif!

Ramai orang kata Mr Bean tu bodoh. Oh, bodoh ke? tak pada aku..pada aku Mr. Bean adalah orang yang bijak..sebabnye? sebab die akan buat ape yang orang lain tak kan buat..die akan fikir ape yang orang lain tak kan terfikir...contohnye masa die beli barang rumah die banyak2, padahal kereta die kecik aje...tp disebabkan die kreatif akhirnye die dapat jugak bawak balik barang2 tu...hoho....sangat comel kan?ade korang terfikir nak buat benda camtu semua?takde kan...takot orang cakap gile..haha..walaupon last sekali die termasok dalam lori tilam...tapi aku tengok die sangat comel! ye sangat comel....mesti korang gelak kan? bia la...bagi aku die comel ape...

sangat comel bile die bawak kereta mini~
Bukan je pasal kereta...banyak lagi..salah satu episod yang aku suke tengok Mind the baby, Mr. Bean. sebabnye die ade rasa penyanyang pada baby tu..oh lagi bertambah comel aku tengok Mr Bean..penuh dengan sifat ke-daddy-an..haha...siap nk salinkan pampers pakai teddy bear je..bukan pakai teddy okay?owh tapi pasal yang pampers terbang tu takde la sifat ke-daddy-an..hehehe...


Bukan setakat Mr Bean je aku minat...aku minat kereta die sekali...aaaaaa.sangat comel la kerete mini cooper die tu...kalau la aku dapat kereta mini cooper tu...nak beli yang baru mahal...da macam nak beli kerete bmw...haha...tapi kereta mini die ni pon sekarang mahal....paling murah pon RM10k...mak ai...mane nak cari duit banyak camtu?lain la kalau bapak aku ni tokey balak kan..hahaha...da2..ngarot plak...balik cite Mr Bean td la..ish2...walau pon sebenanrnye banyak kereta yang di tukar2 dalam cerita tu...ye la tak kan la satu kereta je...ade dua ke tiga kereta tapi model yang same dan cat yang same(dari ape yang aku baca la)...tapi memang sangat comel la....


Korang nak setuju ke tak nak ke suka hati la..tapi bagi aku Mr Bean memang seorang yang kreatif da sangat comel!ye memang aku minat Mr Bean!!bukan Rowan Atkinson (tapi kalau die belakon filem ade gak aku tengok).sampai kan Mr Bean Animated Series pon aku tengok...ade jugak kate Mr Bean tu bisu..eh mane ade la....die suke cakap 'HELLO!!'...iye kalo tak percaye tengok la katon die.


Lagi satu yang aku suke pasal Mr Bean ialah die punye pet..ape lagi kalau bukan teddy die tu...sangat lah aku suke sebab teddy tu memang best kalu di bawak tidur. sangat comel...comel lagi??.aku memang suke benda comel...dan aku ade teddy tu pemberian si dia....terima kasih awak.. ^_^  hehe...
Mr Bean mmg sangat suke cakap ngan tedddy die tu...ermmm mungkin sebab die takde kawan kot...lol...

teddy dari si dia memang sangat best dipelok masa tidur~~

So, kalau korang still lagi tak setuju....ade aku kesah??hahaha...bagi aku Mr Bean tetap seorang yang kreatif!! dan juga sangat comel....dan cerita die tak bosan kalau korang tengok....mesti korang nak gelak walau pon korang da tengok siri tu 40 kali pon kan?hahahaha~~

single or couple??

Hah! tibe-tibe je nak cite pasal ni kan...haha..bukan ape...zaman sekarang ni semua kalau boleh nak bercouple...jangan kate orang besar..budak kecik pon nak bercouple jugak....even budak umur 6 tahun pon ade jugak yang bercouple tau..jgn tak tau tu...huhu....alaa masa zaman aku kecik pon same.. lol




Sekarang balik pada benda aku nak cerita....kenapa mesti couple?tak boleh ke hidup single?ape masalah hidup single?lagi best ape..tak ade orang nak marah korang pegi mane2 kan?? sebabnye la kan ade kawan aku ni tak boleh hidup tanpa couple...takde tempat manje2 katenye....whhhaaatttt??ko cari couple just nak untuk ko manje2 ke?kalo setakat nak manje2 baik ko gi manje2 ngan mak ko je la wei!! hahaha...tp memang betul la kan...konon tak boleh hidup takde couple...blah la...hidup single lagi best ape...ko nak pegi mane takde orang marah, ko nak tido pon takde orang nak majok bagai...ko nak tengok bola sampai pagi pastu bangun lambat pon takde orang nak dok muncung sampai boleh sangkut baju..just have fun la..enjoy masa single ko tu....jangan nanti bila da ade couple merungut pulak...ni tak boleh..tu tak boleh....die nak ni ko kene belikan...last2 ko yang takde duit..melongo la mulut makan lalat...


siap menari2 lagi sebab happy single~

Tapi aku tak la kate couple ni tak elok...wei...Allah jadikan kite ni memang berpasangan kan..tinggal cepat ngan lambat je ko dapat couple ko tu....memang bagus bile ade couple...ade orang care, selalu amek berat..tp kene ingat, couple bukan bermaksud ko boleh control semua pasal die....tapi kalo untuk kebaikan...it's ok....dan bile ko da ade couple tu...ingat2 la...kene la balance antara couple ngan kawan2...jangan sampai bile da ade couple tu dok bekepit 24jam...baik korang nikah je..senang!! tak tanggong dosa banyak...hohoho!!


sangat comel macam ni kalau nak couple..

Senang cerita benda atas diri masing2 la kan...tak kisah la camne pon, korang nak couple ke..nak single ke...up to korang la..janji korang enjoy dengan diri korang tu...takyah la nak dok nyusah kan pale hotak yang da berserabut pasal study or kerja or whatever yang lebih penting...bak kate membe aku la sebab die suke gune ayat ni :

              
' pentingkan yang lebih penting kerana pentingkan yang lebih penting itu lebih penting dari pentingkan yang penting!!'

Faham tak??kalau tak faham pandai2 la korang....hahaha!!



Friday 18 March 2011

aku da ade blog~~

saya budak baru belajar~


finally aku da ade blog sndiri....hehehe...selama ni asyik baca orang punye blog je....dan rasa seronok bila orang cerita psl pendapat diorang.....dan kebanyakan ape yang diorang tulis tu ade betulnye...bukan pasal diri sendiri, tapi cerita pasal kehidupan seharian yang kita lalui tiap-tiap hari...ade yg nk cerita pasal diri sendiri, cinta, kehidupan, politik, gosip, bola dan macam2 la...

oh ya, aku tulis blog ni sekadar nak menyatakan pendapat aku sendiri dan apa yang aku fikirkan...nothing serious...okay?just for fun....hehe...apa yang korang rasa betul...boleh jadikan pendapat...ape yang tak betul...jgn la ikut...masing2 da besar kan? boleh fikir mane betul mane salah....