Thursday 19 July 2012

Permintaan



Aku penat. Aku penat. Ya Allah andai kata kau mahu ambil aku, biarlah aku sudah menjadi yang halal dan dapat melahirkan zuriat untuk si dia. Selepas itu aku redha jika kau mengambilku. Tapi bukan sekarang. Aku mahu menjadi bidadari untuk dirinya bila di syurgaMu kelak. Hanya itu yang aku minta.

Friday 29 June 2012

Sakit

Sejak-sejak ni aku selalu sakit perut. Senang cerita tiap-tiap hari. Sakit kat hulu hati. Ye gastrik senang cerita. Aku pun tak tahu kenapa. Sedangkan makan aku jaga. Bila da makan tu lagi rasa sakit. Rasa macam angin pun ye. Macam makanan tak hadam pun ye. Sampai ada malam tu aku memang nekad nak pergi klinik  masa pukul 2 pagi sebab memang aku da tak tahan sangat. Tapi tak jadi sebab sorang. Nak pergi cek, aku takut. Takut kalau sakit lain. Dan sekarang ni aku masih lagi rasa sakit. Kadang-kadang pening kepala sampai muntah. Aish. aku doa yang sakit aku ni bukan sakit yang serius.





Wednesday 23 May 2012

I MISS U

Malam tadi aku mimpi si dia. da 2 hari da aku mimpi dia. Haish nampak sangat aku rindu kan Mr Teddy. Sebenarnya terlalu rindu. Sampai tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Aku mimpi yang dia panggil aku "sayang". Lama dia tak panggil aku dengan nama tu. Malam tadi pulak aku mimpi dia peluk aku. Ahhh. Perasaan sebelum tidur terbawak sampai mimpi agaknya. Serius memang aku rindu kan dia. Sangat-sangat. Aku rasa macam nak pack baju, terus beli tiket pergi sana malam ni jugak. Nak tatap wajah muka dia yang garang tapi tenang tu. Only Allah knows how much I miss him. 



Saturday 12 May 2012

Hati

Lately, aku selalu tengok page facebook kawan baik aku masa sekolah dulu. Aku jadi kesian dan sangat takut. Aku tak pasti apa yang terjadi antara dia dan suami dia. Or should I call ex-husband? I don't know. Tapi aku tengok status relationship kat facebook die is 'divorced'. Damn I really scared that word. Aku kesian kat dia bukan ape, sebab die baru je habis pantang bersalin. Yes that's why. Anak dia sangat comel. Masa dia kahwin aku pergi ke majlis tu. Aku rasa sangat happy untuk dia. Sebab dia seorang perempuan yang baik. Bayangkan dalam usia yang muda baru mencecah 24 tahun sudah jadi seorang ibu tunggal. Anak pun masih kecil dan comel. Kalau aku la memang aku tak kuat. Sebab anak tu la pengikat kasih sayang sebenarnya. Tanda kasih sayang. Really feel sorry for you girl. Just be strong. There's someone out there who better than him maybe.


Aku tak dapat bayangkan kalau aku yang hadapi benda tu. Even right now i'm far from Mr Teddy, i feel like hell and miss him damn much! Kalau Mr Teddy marah ke merajuk ke tak pun x reply bbm aku rasa sangat messy. Aku tak dapat bayang kan. Langsung tak.


Well, hati. Bagi aku bila dari hati dah ada perasaan sayang, jangan di hancurkan. Jangan di buang. Perasaan sayang tu akan sentiasa ada. Lain la kalau kau memang tak pernah langsung ada rasa sayang. Perasaan sayang itu datang tanpa di pinta. Bila orang da bagi kau hati dia, jaga la baik-baik. Jangan kau hancurkan hati tu. Jangan bila sampai satu hari hati dia dah betul-betul hancur, langsung kau tak akan boleh tampal, baiki atau kutip hati tu.


Sebab aku ambil contoh masa aku dengan ex aku yang si gila tu. Masa aku dengan dia dulu, ye memang aku sayang gila kat dia. Tapi tiba-tiba aku dapat tahu yang dia tunang dengan orang lain. Pilihan mak katanya. Padahal dia yang bekenan ngan perempuan tu. At last datang balik kat aku. Merayu kat aku cakap aku masih sayangkan dia. Maaf. Hati aku milik orang lain dan aku berdoa hanya untuk dia. Dia means Mr Teddy. 

Tuesday 1 May 2012

Lelaki adalah makhluk yang complicated

Da lama da aku tak tulis entry ni. Malam ni aku nak tulis pasal lelaki. Ya makhluk Allah yang bernama lelaki. Aku rasa lelaki ni makhluk yang simple. Tapi tak. Lelaki adalah makhluk Allah yang complex. Bukan perempuan yang complicated tapi lelaki. Lelaki selalu cakap yang perempuan ni leceh la, apa la tapi kalau lelaki tak mulakan tak jadi benda ni. Then one of the reason because they are ego. Yes, EGO. Ini yang menyebabkan cakap konon-konon nya cakap perempuan ni complicated lah, leceh la, apa la. Hahhhh!!! Bontot kau! 


Then lelaki ni selalu kalau awek takde depan mata mula la mata tu nak mencari perempuan lain. Mula la tu kan. Konon sunyi la apa la. Kamon la, kalau perempuan buat macam tu kau cakap perempuan tu melayan la apa la. Kan? Sebab ada budak ofis aku ni. Awek dia baru dapat kerja kerajaan, so kene kerja kat Johor. Dia kat Selayang sini. Pastu boleh cakap nak kene cari awek lain. Hello!! Awek kau tu baru je seminggu g Johor kau da nak cari lain?? Please la. Kalau awek kau buat camtu camne? Aku jawab senang je. 

"Kau ingat balik time susah kau, dia yang banyak support kau, kau nak cari lain pulak? Ingat ada perempuan camtu lagi??"

Terus terdiam. Kau ingat kau hot stuff boleh la nak dapat mana-mana perempuan kau nak? Boleh, cikaro ye kau boleh dapat kt clubbing. Tapi untuk teman kau sama-sama susah, just go to hell. 

Then ada lelaki yang terlalu ego. Even die yang salah and takde reason nak marah, but just because of their ego, damn!! Aku pun tak faham da. 

Pastu ade lelaki yang ntah. Aku pun tak tak tahu la yang jenis ni. Kalau kau rasa kau da tak sayang, atau pun rasa taknak serius ngan perempuan tu, just leave her. Don't waste her time and your time. Jangan nak permainkan perasaan perempuan. Well, what goes around comes around. 


Aku pun tak tahu apa aku nak merepek ni. Tapi apa yang penting sebenarnya aku nak cakap yang please la lelaki, kalau anda rasa anda lelaki jangan la rasa anda tu simple dan wanita tu complex. Anda yang menyebab kan wanita menjadi complex.

Thursday 19 January 2012

Patrick Stump

Okay, aku da lama nak tulis entry ni tapi tak ada kesempatan. So now da ada kesempatan. Aku tulis ni. Ni pasal Patrick Stump. Kalau tak tak kenal dia siapa, ingat tak vocalist kumpulan Fall Out Boys yang femes ngan lagu Dance, Dance , Thnks For The Mmrs. Kalau tak tau jugak just google lah. Kenapa nak cerita pasal dia eh? Because he's hot!! Aku tak nafikan. Dan aku sangat kagum dengan dia sebab dulu dia sangat comel. Okay ditekan kan COMEL. Which means dia berbadan besar. Tapi aku still minat dia masa tu sebab bagi aku vocal dia memang best and ada gaya tersendiri. Dan aku memang minat band Fall Out Boy. Ingat lagi masa kat poli dulu kawan baik aku ajuk cara dia nyanyi. Haha. Tapi aku bukan nak cerita pasal suara dia. Sebab band Fall Out Boys da takda kalau tak silap aku. Sekarang dia da buat album solo. Aku pun tak tahu yang dia buat album solo. Sebab hari tu aku dengar ada satu lagu ni kat Flyfm. Then aku cari tak jumpe. Lama gak aku cari tak jumpa. Ntah macam mana aku saja buka Youtube. Tiba-tiba aku jumpa lagu yang aku da lama cari. Pastu aku tengok muka mamat ni macam pernah tengok and nama dia familiar. Search punya search tiba-tiba tulis artikel 'Patrick Stump Explains 60 Pound Weight Loss'. Aku ternganga sekejap. Shock. Then baru aku sedar yang tu vocalist Fall Out Boys. Whaatttttt??? Mula-mula aku tak percaya. Dari macam ni :





Sekarang dia macam ni :



Then aku tengok pulak video Fall Out Boys: 



Then aku tengok video lagu dia yang tajuk This City :

Damn!! Seriously looks like different person. Aku sangat-sangat amazed gila yang dia bole nampak hot camtu. Well he was cute before. But his vocal still the same. Still admire his voice. Tapi aku pelik jugak sebab kenapa tiba-tiba die kurus. Well semua orang nak nampak cantik kan. Dia pun tak terkecuali. Dari apa yang aku baca dari artikel tu, dia turunkan berat badan dia sebab self-confident dan faktor kesihatan. Masa dia comel dulu dia makan apa yang dia nak makan sampai dia sakit. Pre-diabetic, asma, kolestrol dan tekanan darah dia yang bercelaru. Dan dia pun tak tinggi. His height only 5' 4". So, memang tak stabil. Sejak tu dia diet. Dan sekarang dia nampak sihat and hot. And I think I'm falling for him. Hehehe.


Masa aku tengok Patrick Stump ni aku terus teringat kan Mr Teddy. Yup. Si dia pun melalui benda yang sama. He used to be comel. Then he exercise and control his diet and look at him now. He looks so hot! Yang tu aku tak tipu. Si dia pun diet sebab confident and nak lebih sihat. Dan aku memang sangat-sangat kagum kalau orang yang berbadan besar ni dapat kuruskan badan dia dengan cara yang betul. Maksud aku jaga makan and selalu bersenam. No need makan ubat kuruskan badan. Sebab si dia tak makan pun benda-benda macam tu. Cukup jaga pemakanan dan exercise. Dan kene maintain. Kalau tak memang naik balik la.