Monday 19 December 2011

Hanya untuk kamu

Aku tahu aku tidak sempurna
Aku tahu aku bukan wanita contoh
Tapi aku tahu aku boleh menjadi yang terbaik untuk kamu
Aku boleh menjadi ibu yang hebat untuk anak-anakmu

Aku ingin menjadi yang halal bagimu
Aku ingin menjadi bidadarimu apabila di syurga kelak
Aku ingin menjadi seseorang yang kamu bangga kan
Aku ingin menjadi seseorang yang sentiasa di belakangmu
Dikala waktu susah atau senang
Aku ingin menjadi seseorang yang sentiasa disisimu apabila kamu memerlukan
Sesungguhnya kasih sayangku ini hanya untuk mu
Sehingga nafas terakhirku

-erillia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday 16 December 2011



Sesungguhnya aku pun tak mengerti apa perasaan aku kala ni. Keliru, sedih bercampur baur. Aku tak boleh menerima semua ini. Aku terlalu manyayangi diri nya. Aku mengaku semua nya berpunca dari aku. Ya aku degil. Sangat degil. Tetapi aku sayangkan dirinya. Terlalu menyayangi dirinya. terlalu menyintai dirinya. Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk dirinya. Tetapi jangan suruh aku melupakan dirinya. Jangan lepaskan aku. Hanya itu yang aku pinta. Kerana sungguh aku tak boleh hidup tanpa dirinya. Tolong jangan begini. Awak cakap awak sayangkan saya. So pleasa give us a chance. U know this going to be hard. But we have to face it together. I really need you. I love u so much! 




Ya Allah, Kau lembutkan lah hatinya kembali untuk menerima aku kembali. Sesungguhnya aku tak kuat jika kau menduga aku begini. Aku merayu kepadamu ya Allah, jangan lah Kau pisahkan dia dari hidup aku. Aku tak kuat jika Kau memberi dugaan seperti ini. Dia lah kekuatanku selama ini. Aku teramat menyayangi diri nya ya Allah. Aku berdoa dan merayu kepadaMu ya Allah, jangan lah Kau pisahkan aku dan dia. Aku pernah kehilangan dia dulu. Aku tak mahu kehilangan dia sekali lagi. 




Awak, tolonglah jangan buat macam ni. Saya terlalu sayangkan awak. Saya sangat-sangat menyintai awak dengan sepenuh hati saya. Satu je saya mintak dari awak..Jangan lepaskan saya. Pleaseeee....

Monday 12 December 2011

Perasaan ini



Salahkah hanya mahu mengetahui dan memahami
Hanya ingin berkongsi dan dikongsi
Kerana ingin merasa diperlukan dan dihargai
Tetapi mengapa tidak memahami isi hati ini?
Perasaan rindu terlalu mahu pergi
Tetapi perasaan ditahan dari pergi
Hanya kerana terlalu menyayangi menjadikan begini
Perasaan tak tertahan lagi
Lalu menangisi semua ini...





Wednesday 7 December 2011

Yakin kan aku



Yakinkan aku jika kamu yang satu
Yakinkan aku dengan cinta
Yakinkan aku dengan rindumu
Yakinkan aku dengan cara
Yakinkan aku dengan kepercayaan
Yakinkan aku dengan kejujuran

Jangan yakinkan aku dengan kata-kata
Jangan yakinkan aku dengan mata
Jangan yakinkan aku dengan senyuman
Jangan yakinkan aku kesenangan

Yakinkan aku cinta....

Saturday 26 November 2011

Long Distance Relationship

Lame da aku tak update blog even aku da ada lappy sendiri. Kenapa ea? Erm. Sebab aku tak tau nak tulis apa kat blog aku ni. Well, semalam aku ada baca pasal Long Distance Relatonship(LDR) ni kat Terfaktab. And aku dapat rasakan betapa dia tak sukakan LDR ni. Yup. Mungkin pengalaman dia yang menyebabkan dia macam tu. Tapi bagi aku dalam relationship ni ada jugak pros and cons dia. Tak kisah la ko SDR ke LDR. Aku tak la kata LDR ni better sebab aku in LDR. NO! Sebab benda-benda macam ni terpulang kat diri sendiri. Kalau pasangan kau dekat pon depan mata, tapi kalau dia tu jenis menggatal, menggatal juga la dia. Tak kisah la kau cuba nak control dia macam mana pon. Sebab aku da tengok kawan-kawan aku ramai da. Couple satu kelas tapi malam konon-konon cakap buat kerja tapi dok keluar ngan perempuan lain. Jadah nye la kan? So, benda ni dalam relationship ni terpulang pada diri sendiri. Tak kisah la jauh ke dekat. Yang penting dalam relationship tu kejujuran tu penting. Bagi aku yang paling penting dalam relationship adalah kejujuran. Dari kejujuran tu la datangnya kesetiaan. Sebab bila  da jujur ngan pasangan, automatically kau akan setia dengan pasangan kau tu. 


Then bila cakap pasal dia tak dapat tolong masa kau susah. Really? Ye dia memang tak boleh tolong dari segi fizikal, tapi si dia boleh tenangkan dengan kata-kata semangat yang kau tak kan dapat dari kawan-kawan kau kalau dia betul-betul memahami kau. Dan bila kau susah mesti ke dia je yang boleh tolong kau tukarkan tayar kereta? Family kau takde? Apa guna ada family, kawan-kawan yang dekat? 


Ye tipu la kalau aku cakap memang cemburu kalau tengok orang pergi dating bila weekend. Tapi kan ada je kawan-kawan yang single boleh ajak tengok wayang, main boling sama-sama. Memang tak sama but think positive. The day will come. Dan bila tiba hari jumpa tu kau akan rasa perasaan yang orang lain tak rasa. U can spend a very good quality time with your girlfriend or boyfriend. Trust me. 


Tak kisah la LDR ke SDR ke sama je. Yang penting tanya hati sendiri sama ada betul-betul kau sayangkan dia atau tak. Sebab kalau kau betul-betul sayangkan dia, kau tak kan buat benda yang bole relationship tu terputus di tengah jalan. 












Just saying: We'll make it work to prove them wrong...

Tuesday 18 October 2011

Berangan tu memang bestt...

Sejak dua menjak ni, aku asyik dok terpikir pasal kahwin je. Da berapa hari bila aku bukak facebook, mesti ada picture yang cerita nyesal kahwin lambat la, suami mimpi tertuka watak jadi isteri la, ape la. Dan yang paling tak tahan, aku mimpi ada orang masuk minang aku! Tapi aku tak kenal sape yang masuk minang aku tu. But seriously macam real gile. Sampai aku terjaga. Fuh!! Pastu pagi tadi aku chat ngan si dia. Then aku tanya dia. Pernah tak dia bayangkan kalau aku kahwin ngan dia. Dia cakap pernah. Aku tanya balik apa yang dia bayangkan. Dia jawab dia bayangkan aku hidup sama-sama dengan dia. Ermm. Dia tanya aku pernah tak aku bayangkan tu. Aku cakap pernah. Aku cakap yang aku bayangkan macam mana la aku nak uruskan pakai minum dia semua, sedangkan diri sendiri pun tak terurus lagi. Bangun pun lambat lagi. Nak masak pun terkial-kial lagi. Tak macam dia yang pandai masak. Tiba-tiba aku rasa tak ready nak kahwin. Then, dia cakap kat aku, let's prepare together. Sebab ada banyak masa lai boleh perbaiki diri. So aku just say ok. 

Oooh.. Berangan memang best.  Kalau dapat kahwin ngan orang yang kita suke, kita sayang. Haha. Aku memang kuat berangan pun. Sebab tu da besar ni jadi designer kot. Masa kecik-kecik dulu, maksud aku masa sekolah rendah, aku suka berangan dok dalam bilik main ntah apa-apa. Pastu amek drawing block kertas lukisan yang besar tu, buat handbag la, buat paper beg boleh letak barang la, pastu dok berangan sorang-sorang. Haha. Pastu bila da naik sekolah menengah, aku dok berangan nak boyfriend yang tinggi la, rambut cacak la. Apa ntah. Oh ya, tapi memang betul aku memang suke berangan pasal boyfriend idaman aku. Ciri-ciri die mesti tinggi dari aku, kira aku ni paras bahu dia, so die tak tinggi sangat sebab tinggi aku 148cm je. Then dia mesti smart, dan hensem pada pandangan aku. Dia sombong, tapi bila dengan aku dia sangat manja. Ramai perempuan suka tengok dia tapi dia tak layan. Dia mesti pandai and belajar kat oversea. Then dia anak cikgu or lecturer. Pastu nak dia anak sulung or anak sulung lelaki. Dan kulit dia putih cam aku. Ermmm...gila berangan la kan. Well, aku rasa macam ni ada kat dalam cerita je. Aku da boleh buat novel da ciri-ciri macam ni. Tu la namanya memang berangan gila kan?? Pastu bila da besar dewasa macam ni mla la berangan secara realiti. Macam mana tu? Berangan la nak keje kumpul duit banyak-banyak. Hadoi. Kan best kalau apa yang kita berangan tu semua dapat. Ermm.


just saying : berangan yang dia sentiasa kat sebelah~

Sunday 18 September 2011

Explorenation about him and something about him

Okay aku baru je dapat lappy ni dari si dia. Yup coz lappy aku lama da rosak tak beli-beli yang baru. So, dia bagi aku Compaq Boy ni kat aku. Dia beli lappy baru. Mr Asus. Si dia tak delete apa yang ada kat lappy dia ni sebab tak sempat. So aku pon explore la apa yang ada kat dalam i. Ofkos la aku tengok picture dulu kan. Haha. Jangan tipu ye. Korang kalau tengok lappy mesti korang suka tengok gambar kan. Au tengok takde apa sangat la ngan gambar-gambar dia. Then aku tengok ada movie apa.  Yeay ada cerita yang aku suka. Suka la tu.


Then aku explore lagi lagu-lagu yang dia dengar pulak. Sebab apa yang aku tau si dia sorang ni memang tak suka lagu-lagu jiwang cam kumpula LELA la seangkatan la tu. Ofkos ada avril lavigne sebab girlfriend no2 kan. Suka la tu orang cakap girlfriend no 2 die. Haha. Then ada paramore which is my fave Yup! Aku just play semua lagu yang ada dalam tu. Then ada lagu Ungu. Wow! Yang ni memang tak sangka.  Saya tak pernah sangka yang awak suka lagu Ungu. Hehe. Well honestly, i'm a fan of Ungu band too. Lagu-lagu diorang memang best. 


Bila aku da explore si dia punye lappy ni, aku ada belajar something. Every single person have different side that we don't know. Bukan bia kita tengok dari luaran kita da tahu seseorang tu macam mana. Atau pun kita da kenal dia selama setahun or da kenal dari kecil lagi kita tau perangai dia. No. Semakin kita kenal and rapat, semakin banyak kita akan belajar sesuatu dari orang tu. Even parents kita pun still nak kenal kita walaupun kita da besar dan masak sangat perangai kita. 


So kita kene la get to know each other better. Dari situ kita akan saling memahami. 





Friday 16 September 2011

Happy Moment

Okay seriusly aku tengah lapar sekarang ni sambil anak buah aku Adryna dok bising kat luar bilik ak nak masuk bilik aku yang berkunci. Huhu. Sorry, aunty nak tulis blog ye. Jangan kacau. Sambil dok dengar lagu Thinking of you by Katy Perry. Ermm. Si dia pergi main futsal pulak. So tinggal aku sorang. Ape lagi... da dapat laptop update blog la. Waaa. Sangat seronok kot bila da boleh online dengan laptop sendiri tanpa perlu sembunyi-sembunyi online kat opis. Terima kasih pada si dia bagi lappy ni kat saya walaupun lappy lame awak ni. Tapi still ok sebab laju dari lappy lame saya yang rosak tu. 


Hari ni da 16 September da rupenye. Kejap je masa berlalu. Dan rasa sekejap je si dia nak balik Egypt balik. Huwaaa. Tak nak la awak balik sana. Sebab pas ni awak tak balik. Nanti awak balik terus je. Lagi dua tahun. Lame tau. Nanti saya rindu. T_T. Rasa sekejap sangat je kita jumpe hari tu. Tapi tetap best. Sebab dapat jumpa. At least kite jumpa kan. Thanks to you cause giving me a beautiful bracelet walaupun besar. Really appreciate it. Banyak jugak yang awak bagi saya, Saya cuma dapat bagi awak Tshirt Man U tu je. Suka bila awak pakai baju tu. Fit je bila awak pakai. 


Bila teringat balik kat KL tu kelakar pun ada sebab sesat jalan. Huhu. Tapi seronok la bila ade pengalaman tu with u. Well sebelum ni takde kereta kan, so jalan-jalan naik train je. Sekarang saya ada kereta kita jalan-jalan naik kereta. Biar sesat takpe. Sebab saya ngan awak. Yang saya kelakar bila awak try drive Cik Viva tu. Pelik je bila awak drive. I know u're not used to manual car dear. Da lama sangat kan tak bawak kereta manual. But nice bila awak try jugak drive my car. Tapi paling best masa saya hantar awak kat KL Sentral. Awak suruh saya makan biskut pastu awak bagi kotak biskut tu kat saya. Sebab berapa kali awak ulang ayat 'makan tau biskut ni'. It makes me feel something bila saya tengok muka awak. Then bila saya pegang kotak biskut tu saya rasa something. Saya tengok dalam tu ade biskut and ada satu kotak. Saya tarik kotak tu keluar. Saya ingat kan perfume tapi bila saya bukak...waaaaaaa.....cantik bracelet nye. Thank u so much dear! U made me speechless so many times. And so many surprise u gave me. I mean a really good surprise. Thank u once again. U r the best thing I ever had. Always love u Faiz Farhan!!

Friday 19 August 2011

I admit that's my mistake...

Aku rasa lame da aku tak update entri kat blog aku ni. Sebab aku tak de laptop kan. Nak buat macam mane. Lately aku rasa tak sedap badan. Mungkin sebab cuaca. Kejap cuaca telalu panas, kejap cuaca sejuk. Sakit tekak jangan kira la kan. Perit je tekak ni. Aku rasa da lame kot aku sakit tekak sampai kene makan antibiotik. Hari ni pon sekarang ni pon aku rasa tak sedap badan ngan tekak lagi ni. Aku pon da mula rasa tanda-tanda nak selsema. Arrgghh!! Time puasa camni la nak datang demam ni. Shuhh!!! Sejak aku demam ni pon aku tak tau la aku ni yang cepat terasa hati ngan si dia. Aku rasa nak merajuk ngan mara je ngan dia. Aku tau die penat sebab baru balik Malaysia. And I understand if he needs time to get used with the time. Ye la beza 6 jam kan. Tapi jangan la asyik tido je awak. Cian saya la. And I get it if u need time to spend with your family. Lame da tak jumpe kan. Saya faham. But just tell me. Jangan la buat saya dok tunggu mane la awak tak bbm saya. Kalau saya call awak cam takde mood. Suara lemah je cam taknak cakap. Bila saya tanya awak cakap tak de ape-ape. Saya tunggu awak balik terawih, tiba-tiba awak cakap awak ngantok nak tido. Hurmm. Saya rindu awak. And I need my Mr Teddy back. Saya tau saya salah bila saya tulis kat status facebook saya camtu. Saya pon ngaku saya letak picture camtu untuk buat awak marah. Tapi awak tak marah. Awak cakap awak kecewa. Coz u can't say NO to me. Bila awak cakap awak kecewa, saya pon kecewa. Saya kecewa sebab saya kecewakan awak.  And I cried when u said so. It's hurt me a lot. I'm sorry. I admit that's my fault. Tapi kalau saya tak buat macam tu awak tak mesej saya. And I miss u a lot!!




 I'm really truly sorry that I did that.  And sekarang saya still rasa cam awak da tak macam dulu. Da tak manje da. Da tak gurau macam selalu. Da takde hehe haha awak da. Mungkin awak kecewa sangat ngan ape yang saya buat. Saya takde niat pun yang saya nak buat awak kecewa. I just miss u soo much! I really do. And I'm sorry once again. I  don't want to lose you. Then bila awak tanya saya yang saya rasa awak boleh bimbing saya ke tak, saya yakin awak boleh bimbing saya. Tapi awak cakap awak tak yakin. Sebab apa yang awak cakap saya tak pernah dengar. Well u don't know how i was before. I already told u how i was before. Lagi teruk. But when i'm with u, I'm trying to be a better person. For myself and for u. Tapi ntah lah. I really hope that we will be like we used to be. I really miss when u called me sayaannggg. I love u and still love u and always be loving u.









just saying : jangan jadi degil + keras kepala.

Monday 8 August 2011

Kebizian melanda

Ooowwwhhhhh! Lately aku sangat busy memandangkan client ni tak abes-abes dok sibok tanya bos aku bila drawing rumah die nak siap. Hello! Rumah kau tu bungalow yang sangat besar. Da la nak english style. Nak tecabot kepala hotak aku ni dok pikir camne nak buat tau! Tiap-tiap hari aku penat bile balik rumah sebab pikir nak cari idea. Huuhhhhh!! Tapi takpe, ni la baru name ade cabaran kan. Huhu. Kesian aku tengok si dia, da la bosan tak balik sini lagi sambil tunggu result belom keluar. Aku pulak busy time keje, balik keje pon aku da penat da. Tak bape jam aku bbm die. Sangat rindu kat Mr. Teddy. Nanti awak balik tau. Rindu nak jumpe.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday 4 August 2011

Nice song

Okay. Aku bukan la big fan of Shahir. Sebab dari masa dia masuk AF lagi memang aku tak minat. Then single die keluar 'Kebahagiaan dalam Perpiasahan'. Ooooo mannnnn!! Aku rasa tak kene langsung kot suara dia. Tapi bila aku dengar lagu 'Luar Biasa', then aku fikir.. Ermm not bad this song. Aku boleh dengar and suara dia kene ngan lagu ni. Nice. Good job Shahir. Sekarang aku tengah menaip pun aku tengah dengar lagu ni. Haha. Gila da aku ni dengar lagu Shahir. Kalau abang aku tau ni aku kene kutuk kot sebab dulu aku tak suke bila Shahir nyanyi. Haha. Takpe lah ape pun enjoy je la. Lagu je pon kn. Oh ya, lagi pon aku rasa memang jadi la die jadi orang gila dalam video ni... Haha!




Wednesday 3 August 2011

Benda yang aku tak suka bila lepak

Hari tu aku dok lepak jalan-jalan ngan membe-membe aku. Biasa la kan kalo dok lepak-lepak ngan girlfrens. Gossiping memang tak leh nak elak. Hehe. Pastu dok pusing-pusing window shopping sikit.  Biasa la kan dok singgah tengok kasut, baju and macam-macam la. Tapi kalo da name hangout, lepak ngan membe ade je yang nak dok bawak pakwe. Nape ea? Ni aku listkan benda yang aku tak suka bila lepak.

1. Dok sms pakwe/makwe tak behenti
   



 Ok aku tak suke benda ni. Kate keluar ngan membe tapi tangan asyik la dok sms ke bbm ngan pakwe/makwe. Cam ko sorang la ade pakwe/makwe kan. Orang lain tak de la?. Kalo dok main sms ke bbm dengar orang cakap takpe, ni dok menonong je langsung tak dengar. Orang panggil pon x nyahut. Ape ko ingat aku tunggul? Nak sms pon balik umah sms la wei. Cam tak hormat orang kalau camtu. Cuba org wat ko camtu. Ape ko rase?


2. Sibok dok risau mane pakwe/makwe pegi mane
   

Ni lagi satu. Adoiyai kalo da dok lepak ngan membe,dok jalan ngan membe ko tu ape masalah ko nak risau sangat pasal pakwe/makwe ko? Diorang tu bukan kecik lagi..agak2 la kalo nk asek dok sibok je tnye kat mane. Orang lain pon ade pakwe/makwe gak la.

3. Emo ngan pakwe/makwe pastu ngan kite pon wat muke moody.


Aku nyirap kalo camni. Ko da kua nak lepak pastu gado pakwe/makwe ko xbagi kua pastu moody ngan membe. Pehal? Letak tepi la benda tu. Nyampah aku benda ni. Tapi benda ni slalu jadi bile aku hangout ngan membe pompuan. Hampeh je.

4. Ikut cakap die je nak g mane



Eeiiii. Aku geram gak ni. Aku tak suka. Kalau aku yang ajak so kene ikut aku la, Tak pon same-same la nak pegi mana. Ni tak asyik nak ikut dia je nak g mane sedangkan aku yang ajak. Eh, Lebey pulak.


5. Tak memasal kene keluarkan duit belanje member diorang


Hari tu aku terkena la pulak kan. Aku ajak dia keluar pastu dia cakap member dia nak ikut. Ok aku tak kisah. Nak aku amek pon aku ok je. Tapi kalau minum pun aku yang nak kene keluarkan duit bayar. Mak ai...melampau. Kalau takde duit ko dok diam-diam je kat umah. Takyah nak menggedik ikut keluar. Pakai je lawa mekap bagai. Bukak purse rakde duit. Hampeh.


Haa itu je kot. Kalau ade lagi nanti aku tulis lagi. Haishhh~~


Just saying : sekarang ni sume gune duit...haish~~

Saturday 16 July 2011

Gile lame aku tak update~~

Fuhh..Aku rasa cam tak hidup je. Lame gile kot aku tak update blog nih. Semua gara-gara aku da kerja tempat baru pastu ngan ketiadaan laptop. T_T. Ada sesape nak belikan aku laptop tak? Haha. Duit untuk aku nak beli laptop semua da lari da. Huwaaaa. Tapi takpe aku dapat bende yang lagi bagus. Senyum. Banyak gile kot aku nak tulis ni. Haha. But dunno where to start. Kat ofis baru ni susah lak nak update blog ni sebab keje melambak-lambak. Tak menang tangan. Penatttt! pffttt!! Tak pe la demi mencari rezeki.

Oh last entry aku hari tu aku update gune bb aku je. Well pasal akak aku. Hurmm... Akak aku memang strong. Yup. You are sis. Luv u!! Oh hari ni rumah aku buat kenduri arwah sekali kesyukuran Adryna genap 2 tahun. Eh, 2 tahun da? Da besar da anak buah aku sorang nih. Memang besar pon. Haha! Tapi aku keje pulak. Takpe nanti balik kita guling sama-sama ye. Senyum.

Oh ya. Aku nak ucapkan Good luck pada si dia yang da nak abis exam da. Tak lambat lagi ni. Hehe. Cepat abes exam. Nanti balik malaysia cepat. Tak sabar nak jumpa awak. Rindu kamu okay. Ngeee~~

Apa lagi ea? Rasanya ni dulu la. Nanti aku update lagi.

Just saying : move on~~

Sunday 10 July 2011

You are strong my sis!

Okay last entry aku ade post pasal neice aku had passed away. Which is benda tu memang aku rasa dugaan yang paling besar sekali dalam family aku especially akak aku. Yup. She lost her child that she carried 9 months. Ibu mana tak sedih kan? Sedangkan aku ni yang tak mengandungkan pun aku sedih sangat. Because she's so lovely and cute. Rest in peace there little angle.

And tadi aku nak g dapur umah aku. Akak aku tengah amek picture kuih raya untuk upload kat fb dia. Then die tengok-tengok la picture kuih tu. Then tekeluar picture arwah anak dia. Adriesya. Die tenung lama sangat picture tu. Well of course dia x perasan yang aku tengah tengok dia. I know that she miss her daughter soooo much! And then, aku tengok muka dia. Nampak sedih but I know that she's strong. Really strong. And benda tu yang buat aku kagum. I know u can face it sis! We all love u and support u no matter what. We all here for u.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday 3 July 2011

Sayang Adreesya

Suasana pilu dan sedih menyulubungi keluarga aku semalam dan hari ini. Pada tanggal 30 Jun pd mulenye keluarga aku sangat gembira bila akak aku lahirkan puteri yang kedua yang diberi nama Adreesya Arylia. Walaupun dia sangat2 kecil macam anak patung, die comel sangat. Putih kemerehan. Aku sebagai aunty sangat2 exited nak tunggu dia balik rumah. Sampaikan aku tak sabar2 nk balik keje nak tengok Adreesya. Lepas tu pada malam nya, aku tak tau pon sebab aku tengah bbm ngan si dia, then aku keluar bilik aku tengok akak aku, mak aku dan bibik menangis. Aku tengok Adreesya da tekulai. Cepat2 abg ipar aku bawak die pergi hospital. Lepas setengah jam abg ipar aku bertahu yang Adreesya dah tiada. Jantung aku rasa tersentap sangat2. Ouuhh ya Allah. Kau lebih sayangkan dia. Akak aku menangis. Tapi dia tabah dan redha. Aku hanya mampu diam. Tapi lututku menggigil sebab memang tak sangka. Bila aku bangun tidur pagi tadi, aku rasa bingung. Tak percaya. Sungguh sayang aku kat Adreesya. Air mataku jatuh berderai bile terpandang gambar dia yang jadi wallpaper di bb aku ni. Aunty doakan Adreesya ye sayang. Aku harap akak aku tabah. Tapi paling aku sedih bila abah aku menangis bila Adryna tanya 'mane adik?'. Hati aku tersentap lagi. Aahh dia sangat kecil untuk faham semua ni. Ada hikmah disebalik semua ini. Adreesya Arylia, damailah kamu disana ye. Tunggu kehadiran mak dan ayah kamu nanti. Aunty, nenek, atok, mak dan ayah serta om sayang kamu. Al-fatihah.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday 28 June 2011

Ape2 jeee nk test
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday 20 May 2011

Lagu Kpop Malaysia

Damn gile kelaka masa aku mula2 dengar. Kpop ke weh? Haha. Tolong laaaa..... Aku geli la tengok. Da la badan dedebab. Pastu konon buat2 malu2 la ala-ala orang korea la? Haha. Kelaka sei. KOrang tengok dan dengar sendiri ye lagu nye. Tajuk lagu pon buat aku geli dowh. Suka Gitu?? WTH?? Haha. Hamek la. 






Just saying : layan SNSD - gee... 

Thursday 5 May 2011

Kumpulan ala-ala Korea kat Malaysia

Hahahahaha. Aku ketawa guling-guling. Series weh. Aku da banyak baca entry pasal kumpulan K-pop Malaysia. Apa tu K-pop? Bukan ke Korean Pop? Hahahahaha. Aku gelak guling-guling lagi. Sebab aku minat gak la kumpulan Korea ni. Macam Super Junior, Big Bang, Beast. Tapi memang aku tak tahan tol la bila orang malaysia nak jugak. Adoiyai. Diorang tu orang Korea. Kulit halus malus dok cuaca sejuk. Kita ni orang Malaysia yang dok kat cuaca panas muka jerawat oi! Tak yah la nak perasan nak jadi Korean plak. Hahaha. Pastu siap tayang badan yang tak berapa nak sasa dan yang agak muncit tu ha. Tak nak kalah. Woi, diorang tu tayang badan sume badan lawa, 6pack la gile. Kulit pon putih2 semua. Hadoiyai. Pening la aku tengok. Nak ikut pon agak2 la. Aku ni yang pompuan pon geli nak tengok. Da teguling-guling aku ketawa da. Lelaki tengok jadi ape? Aku tak tau. Hahahaha. 



Wonder girls Malaysia?

Huh??
Ni kumpula pompuan. Kumpulan Gula-gula. Series aku tegelak-gelak masa aku tulis entry ni weh. Hahaha. Badan yang agak chubby tu. Setahu aku kumpulan pompuan Korea semua kurus-kurus belaka. Berat pon dalam 40kg je weh. Hahaha.  Nak jadi Wonder Girls Malaysia eh? Sori to say la. Aku geli bukan jeles tapi kelakar. Dulu masa ada Spice Gilrs,ade grup ala-ala Spice Girls. Adoyai.









 
Kahkahkah!! Geli la aku tengok yang tengah tu(gambar atas). Perut muncit. Weeee. Hehehe. Peh!! Jadah la amek gamba camni. Muka masing-masing tak boleh blah la. Sori to say tapi memang tak comel ok. Geli ok. Kumpulan 24:7 ni konon-konon kumpulan ZE:A. Aku tak minat sangat kumpulan ZE:A tu. Dulu ade Backstreet Boys, Westlife sibok nak jugak jadi camtu. Skang ade Kpop sibok nak jadi Kpop jugak. Tolong ada identiti sendiri cam Indie band Malaysia boleh??


Ini baru comel ok - SNSD
 

Ini baru kpop yang best - Super Junior

just saying : Suju and Big Bang still the best~~

Tuesday 3 May 2011

Nak sedap

Okay. Aku confuse gile ni. Aku nak tambah berat badan tapi gile susah sebab lepas makan mesti aku terus membuang. Yes tahap metabolisme aku sangat tinggi. Bila aku nak naikkan berat badan si dia tak bagi. Dia suke aku tulang macam ni. Mungkin sebab sejarah lama dia kot tu yang bagi aku tambah berat badan. Tapi bila aku bincang ngan dia elok2, dia cakap 'ok, tambah 2kg je.Kalau tak boleh jugak jangan nak naikkan berat badan.' Then aku whhaaatt?? Dush! Dush! rasa nak hentak kepala kat dinding. Berat aku 35 kg sahaja ok? Aku nak naikkan 2kg je. memang aku tak tinggi. Tapi aku susah nak cari seluar. Apatah lagi kasut. Pastu aku dok belek2 menu healthy diet. Aku dapat ni.

 

To Gain Weight

 

Protein sources (50% of your daily calories)
 
fish (tuna, salmon, haddock, cod), turkey, chicken, red meats (flank steak, lean ground beef), dairy products (cottage cheese, milk, low-fat yogurt), eggs, soybeans, nuts, legumes, ham, pork, shellfish, scallops, lamb, tofu, protein supplements (whey, egg, milk, soy protein supplements) 

Carbohydrate Sources (40 % of your daily calories)
 
fruits, brown rice, whole grain breads & cereals, bagels, oatmeal, pasta, potatoes, vegetables (broccoli, green beans, corn), legumes (chick peas, lima, kidney, and soybeans), cream-of-wheat, pretzels, yams 

Fat sources (10% of your daily calories)
 
olive oil, peanuts, peanut butter, almonds, safflower oil, sunflower oil, walnuts, flax seed oil, borage oil, avacadoes, fish oils (salmon), cla (conjugated linoleic acid)

Snacks
 
Apples, raw baby carrots, beef jerky, nuts, pretzels, baked potato chips, protein bars (Balance, Met-RX), yogurt.

Then aku cari la sample menu untuk naikkan berat badan aku dapat ni pulak. 

Breakfast
 1 cup granola
2 tbsp chopped nuts
2 tbsp raisins
1 banana
1/2 cup low-fat milk
1/2 cup orange juice



Snack
Thick slice whole wheat toast
1 tbsp peanut butter


Lunch
1/2 avocado, sliced
3 oz can tuna in oil, drained
2 sliced tomatoes
handful olives
Mixed salad leaves
2 tsp olive oil
tbsp sesame seeds

Method: Put the salad leaves in a bowl, top with the avocado, tuna and tomatoes. Sprinkle olives over, then drizzle oil on top and sprinkle with the seeds.

Snack
1/2 cup low-fat milk
Slice pound (fruit) cake


Dinner
5 oz skinless, boneless chicken breast
2 cups mixed sliced vegetables (like peppers, mushrooms, onions, carrots)
1/4 cup chicken broth
1/2 cup canned chickpeas (drained)
1/2 cup chopped tomatoes
1 cup cooked (5 tbsp uncooked) brown rice

Method: Cut chicken into chunks, put in casserole dish with the remaining ingredients (except rice), and cook in a moderate oven for about 30 minutes. Serve over rice.

Snack
Bowl fresh fruit
Scoop ice-cream



Honestly aku rasa makan 6 kali tu sangat banyak kali. Tapi kalau nak naikkan berat badan secara sihat tu memang perlu dan aku betul2 nak naikkan berat badan aku ok. 
Apa yang aku dapat dari apa yang aku baca dari atas tu and apa yang aku baca kat tempat lain kalau nak naikkan berat badan :

1. Perlukan snack tambahan sebelum tidur macam sandwich, susu, buah.
2. Makan makanan kalori tinggi. 
3. Makan cereal tambah susu ofkos la ngan susu. Boleh tambah biskut ke ape2.
4. Kene banyak makan daging sebab sumber protien dan kalori banyak.
5.Kalau aku cari menu mesti ade pisang. So pisang memang penting. Dan buah yang kering  tak banyak air cam pisang, kurma banyak kalori.
6. Snack yang tingkatkan kalori seperti yogurt, cheese, muffins, milk shake. Tu yang aku baca la. Aku tak tau ape lagi. Hehe.
So, fighting!! Harap2 kalau ikut diet ni dapat la aku naikkan berat badan. Hehe.


just saying : Nak makan chicken chop!!

Thursday 28 April 2011

Lama-lama boleh keras bontot

Okay. Aku da dekat dua minggu datang opis tak de keje nak buat. Balik-balik dok melangok main game. Pastu dok baca blog. Bontot aku pun da naik keras da ni dok je melangok. Bosan ni. Last2 aku decide tengok cerita korea. Ha orang cakap best sebab tak de keje. Tapi aku da tahap gaban cipan da ni. Kalau ade pun drawing kene amend je. Ape la sangat drawing kene amend kan. Nasib la aku nak berhenti da. Tu la kot bos aku tak bagi aku kerja da. Haha. Tak sabar aku nak keje tembat baru weh. Cam lagi best je. Hehe sori ye encik boss. Aaaaaaaaa aku da tak tahu nak buat apa da. Da r gaji tak masuk lagi ni. Eh ape kene mengena gaji ni? Yela kalau tak de gaji takde duit. Da tak de duit bosan la tak dapat pegi mane2. Nasib la hari tu si dia masukkan duit. Ada la duit belanje makan. Kalau tak memang aku takde duit belanja da. Haha. Terima kasih awak. Aiyyaakk. Apa mahu buat ha?


takla sampai camni...hehe
Bila la nak jadi kaya, banyak duit boleh beli beg LV ori. Hakhak. Berangan lebey la. Kalau setakat gj 4angka yang paling kecik tak yah berangan ok? Tunggu kawen laki kaya. Perasan. Sape laki kaya nak kau Miss Erillia? Haha. Badan kecik cam budak sekola tak cukup umur. Hampeh tol. Tak kisah la tak dapat laki kaya pon janji dapat laki yang boleh jaga dan bimbing aku dengan baik da la. Ha tengok la aku da melalut da. Da da kang makin banyak aku dok ngarot. Haha.


just saying : memang aku da stat melalut dari mula kan?
 

Tuesday 26 April 2011

Zahiril Adzim + Remy Ishak

Semalam aku tengok cerita Juvana. Sebenanya aku tengok pun sebab Zahiril Adzim. Sebab aku suke tengok dia belakon. Sejak dari Kami lagi. Lepas tu Abam, Merah Putih, cerita apa lagi aku tak pasti. Tapi dia belakon memang best. Selain tu ade Bront Paralae dan Irfan Roslan. Oh Irfan tu sangat hensem sejak aku tengok dia berlakon dalam Sutera Maya. Masa tu dia berlakon jadi watak Mikhail. Haha. Okay...okay. Suka nya aku tengok Zahiril Adzim tu sebab bagi aku dia tu macho. Ermm dia tak hensem tapi ada x-factor. So, tak heran la kalau Shera Ayob tu jatuh hati kat Zahiril ni. Hehe. And salah sorang kenalan kat fb aku cakap yang dia ni sangat la humble sebab dia pernah jumpa Zahiril ni in person. Waaa..sangat jeles aku nih. Hehe.Tapi Zahiril ni memang best la dan sangat macho. Kalau la dapat boyfriend cam dia. Haha. Oooppss. Awak, jangan risau, saya memain je. Awak pon macho jugak. 


nasib ler nak tunang da~~


Selain tu pelakon Malaysia yang aku rasa macho adalah Remy Ishak. Haish, mesti korang ingat sebab cerita Nur Kasih kan? No. Bukan. Aku suke dia jadi watak Tengku Haidar dalam cerita Sindarela. Sangat suka dia masa tu. Haha. Lepas tu kan aku tengok cerita die belakon Anak Halal. Dalam cerita tu watak die kecik je. Tapi yang aku tak boleh tahan aku tengok dia belakon filem pendek tajuk Comolot. Cerita pasal gay. Tapi aku rasa dia tak gay kot. Hehe. Harap2 la. Kan dia ade iklan baru. Iklan Dashing. Haaaa.....masa tu la aku tengok dia paling macho. Wallahh!! Dah2, makin  banyak aku ngarot nanti. Haha. 
macam hero hindustan suda~~
just saying : Si dia pon macho jugak~~

Monday 25 April 2011

Hug

Hari tu aku cari gambar untuk buat wallpaper. Then aku jumpa pic ni. Sangat comel.







Awak....saya nak jugak... hehe~~

Saturday 23 April 2011

Terima kasih Cinta

Terima kasih Cinta. Pernah tak ungkapkan ayat ni? Mungkin ade yang pernah, ade yang tak pernah. Aku sangat berterima kasih pada si dia. Dan paling aku sangat berterima kasih pada The Almighty Allah sebab bagi aku rasa perasaan ni kembali. Ade orang geli bila cakap perkataan cinta. Aku pon same. Terlalu eeuuwwww. Tapi aku suka ayat 'Terima kasih Cinta'.  Dan aku berterima kasih pada cinta dulu. Sebab buat aku matang dan tak mengulangi kesilapan yang sama. Walaupun terputus di tengah jalan, but thanks. U taught me well about love and hurt. Sakit nya kecewa jangan cerita. Lepas tu kau datang balik terhegeh2 tagih cinta yang kau lepaskan. Sorry to say, aku jenis move on. Aku tak kan terima benda yang da lepas walaupun tu salah aku. Walaupun kau letak hadiah kat depan rumah setiap kali besday aku pun, kau tak tuka no fon, kau add aku kat fb pon, maaf. Aku takkan terima. Kerana hati aku sekarang hanya milik si dia. Dan aku doa hanya untuk si dia. 

Ucapkan terima kasih cinta sebab ia ajar kita how to take care of someone is stranger at first, how to be jeleous, how to love, also how to hate someone when it hurt. But for me, I didn't hate but I don't care. Lantak kau la kalau kau tak kawen pun. Takde kene mengena ngan aku.

Dan terima kasih cinta sebab bagi aku rasa perasaan ni balik bila dengan si dia. Sebelum ni aku kecewa. Ya, aku kecewa sampai aku tak percaya kan relationship yang setia. Bagi aku setiap relationship tu mesti ada skandal. Susah untuk couple tu setia. Tengok je kawan2 aku, ada couple pun still boleh keluar dengan orang lain. Huh. Bagi aku baik tak yah ade couple kalau camtu. Sayangye tu letak kat bontot. Tu bukan sayang tapi nafsu. Sayang macam tu memang tak ke mana. 

Bila aku couple dengan ex aku yang sebelum ni which is Mr P, aku tak sayang dia. Tapi dia baik, susah nak marah aku dan sentiasa maafkan aku bila ku buat salah. Jadi aku serba salah. Sorry Mr P. Kene jugak berterus terang. Dari I  tipu U kan? Sampai bila?

Tapi bila dengan si dia, aku rasa alive again. He gave me strength, mood and even makes me smile even he is millions miles away. 

So, ucapkan lah Terima kasih Cinta. Dan juga jangan hanya sayang bersandarkan nafsu semata. Couple is not for fun. Bukan hanya untuk bermanja. Tapi untuk kita share everything. Be there for each other. Terima kelemahan masing2 dan perbaiki bersama. Selepas itu, TERIMA KASIH CINTA!!

Terima kasih cinta sehingga hari tua

just saying : ucapkan terima kasih cinta pada mak dan abah.

Aku da mula di panggil kakak

Oh semalam aku pergi tengok wayang cerita Red Riding Hood. Masa mula2 tu macam tengok Twilight. Mungkin sebab dari pengarah yang sama. Lagi pon cara senimatografi dia pon lebih kurang. Tapi boleh tahan jugak la cerita nya. Huhu. Tapi aku bukan nak cerita pasal cerita Red Riding Hood. Aku nak cerita masa aku beli popcorn. Masa aku g beli tiket tu abang aku suruh beli popcorn. Lepas tu aku beli la. Masa kat kaunter tu budak laki cashier tu tanya 'Ye kak, nak beli ape?'. Aku jawab nak popcorn combo. Lepas tu abang aku cakap ' kakak da....'. Baru aku perasan. Eh, aku da tua ke? Da dipanggil kakak. Haha. Aku da mula da terasa yang aku da mula nampak agak matang. Ermm, bukan tua ye. Aku masih lg muda. Senyum perasan sendiri. 

Ye la, kawan2 pon da mula melangkah ke alam perkahwinan. Lepas sorang, sorang kawan aku kawen. Aku da mula rasa tekanan bila orang asek tanya bila aku pulak. Aaaaaahhhh. Aku muda lagi. Banyak lagi yang aku nak belajar. Banyak benda yang aku nak masih tak tercapai. Abang aku pon belum kawen lagi. Rilex je. Ingat kawen tu senang? Tanggungjawab besar. Aku ni masak pon lom pandai. Setakat masak air pandai la. Haha. 

Ermm. Bila da mula di panggil kakak aku da mula terfikir, tanggungjawab makin besar. Sebab tanggungjawab makin besar bila umur meningkat. Bagi aku la. Aku tak tau orang lain. Andai kata boleh la undur waktu, aku nak kembali masa kanak2.  Masa boleh men kejar2 laki dan pompuan. Men galah panjang, men lumbe basikal. Yang paling best, men bola pakai botol plastik. Haha. Tu la paling aku suka. Erm hidup kene pandang ke depan. Da kene pikul tanggungjawab sekarang ni. Kene semakin matang.  


Masa hadapan terbentang luas







Masa depan terbentang luas. Kita yang nak hadapinye, jadi kita yang pilih jalannya.Jangan hanya mengikut arus. Kene ikut kata hati juga dan dibantu akal fikiran. Ohh, sangat tak percaya aku da dipanggil KAKAK.



just saying : Tetap rasa muda... Sengeh.

Wednesday 20 April 2011

Sama-sama degil

Da bape aru aku tak post ape2. Sebab? Aku tak tau nak tulis ape. Hehe. Hujung minggu yang bosan macam biasa. Cuma bff aku datang tido umah so tak berapa nak bosan la. Boleh la dok lepak kua ngan dia. So bila malam boleh pinjam lappy dia. Sebab lappy aku rosak. Aku pinjam la online kan. Aku tengah kumpul duit nak beli lappy baru ni. Ermm. 

Bila da pinjam lappy tu, aku pon on skype. Da lama tu aku tak skype dengan si dia. Asyik bbm je. Punye la seronok skype dok becakap dengan dia, sekali da kul 10 lebey. Dia cakap nak g jog. Sebab kat sana baru pas asar. Mula2 aku tak bagi sebab kejap sangat cakap ngan dia. Pastu dia cakap nak keluarkan peluh. Ok. Aku tak kisah la. Aku tanya nak jog mane. Dia cakap belakang umah. Ha? Aku terus tak bagi.Sebab aku tau belakang umah dia tu padang bola. Sebab tiap2 petang dia memang men bola kat situ. Aku tak bagi dia men bola sebab kuku kaki dia sakit. Dia cakap nanti abes liga dia pegi cabut. Tup2, masa dia kua g beli barang kene pijak ngan arab pakai boot. Balik umah kuku nye tercabut. Merah kaki. Sebab tu aku tak bagi dia men bola dulu. Walaupon dia cakap da tak sakit. Aku nak dia rehat men bola 2 3 hari. Aku tak nak nanti masa liga kaki sakit tak leh men pulak. Tapi dia pedulik ape kan aku cakap. Sakit kaki, migrain tu pon hilang kalo dapat men bola. Huh!Aku nasihat tak nak dengar, Punya la degil. Bila aku tak bagi dia pelik. Aku cakap la macam la aku tak tau belakang umah dia tu padang. Saja bagi alasan nak jog padahal nak men bola. Dia bantai gelak je la. Macam aku tak tau la banyak akal dia tu. Aku cakap no men bola sampai selasa. FULL STOP. Kalau nak men jugak, kalau sakit jangan ngadu kat aku. Da nasihat tak nak dengar. 
Haish. Ape2 je. Ha, ari tu ade la kan aku tunjuk baju kt die. Aku ingat nak beli online. Sekali dia tak bagi. Sebab nye baju tu jarang. Hah? Aku cakap kan boleh pkai inner. Dia cakap tak nak, tak boleh! Dia cakap kalau beli jugak jangan pakai. Whaaatt?? Susah jugak kalau dapat bf anak ustaz ni rupenye. Huhu. Aku nak jugak. Dia cakap NO. Tensen. Aku tunjuk baju lain. Bende yang pertama dia tanya, 'jarang tak?'. Grrrr. pastu aku tanya dia balik , 'baju yang saya pakai sekarang ni jarang. Tapi saya pakai inner. Pasni tak leh pakai la?'. Dia jawab, 'yang da ade takpe. Tapi jangan beli lagi.' Heeeiii. Aku jawab balik, 'senang saya pakai jubah je. Senang.' Dengan senang hati nye dia jawab, 'pakai la. saya lagi suke'. Aaaaaahhhhh!! Aku pulak terkene balik. Tak kira, nak jugak baju tu!


Well, bila di pikir2 balik same2 degil sebenanye. Sajak la degil dengan degil. Haha. Apa2 pon tu yang buat kitorang lebih memahami. Tak kan sebab benda camtu pon nak gado sampai putus. Betul tak? At last, dia tak men bola pon. Aku pon tak beli baju tu. I respect what he want and he respect me back. We should respect each other. That's what important. 


just saying : nak jalan2 dengan dia......

Thursday 14 April 2011

Love each other even hate each other




Semalam si dia bagi video ni kat aku. Dia cakap very nice video. Aku ingat kan ape la kan. Video ni dari cerita Grey's Anatomy. Aku tak tengok pon cerita ni. Tapi dia kata best. Dia memang minat cerita ni sebab die minat watak Dr Shepard tu yang neurosurgeon. Hoho. Sebenarnya aku pon tak tau ape tu neurosurgeon. Aku tanya die rupenye tu doktor pakar otak laa. Hehe. 

Dalam video ni sebenarnye ade mesej yang nak disampaikan. Sebab si dia suke bila pompuan tu cakap ' you'll love me even you hate me'. That's mean to love each other even hate each other. Waa. Betul2 bemakna. Aku rasa benda ni memang patot kot. Yela, bila korang bergadoh, korang akan rasa benci kan? But at the same time korang sayang, betul tak? Hehe. Senyum. 

Then yang paling best ' to take care each other even we're old, smelly and senile and f I get Alzheimer's and forget you'.......'I will remind you who I am everyday'. Wow! Really nice. That's what true love about. Doesn't matter about anything else. And the reason you love is because of them. Diri pasangan tu sendiri. Bukan sebab lain. Awak, will you do the same??I hope you will. And thanks for everything. 



Oh ye, thanks jugak bagi lagu ni kat saya. Thanks once again!








just saying : the reason i love is u!!


Tuesday 12 April 2011

Fight for love and happiness

Semua orang nak bahagia. Tapi adakah semua dapat orang dapat kebahagiaan tu? Bukan semua dapat kebahagiaan kalau tak di cari dan tak diperjuangkan. Well, fight fo your love, fight for your happiness. Then you will be happy. Tapi ade orang kata, cinta dan kasih sayang tu tak bermakna kalau takde duit, takde harta. Well, duit dan harta boleh di cari kalau berusaha. Tapi kebahagiaan? Kau boleh cari kat tepi jalan ke? Kalau boleh cari kat tepi jalan tu bukan kebahagiaan, tapi nafsu. 

Well it's hard to fight for your love and happiness when it involves family. Lagi2 bila dulu pernah bekawan dengan orang yang da ade keje bagus and kononnya da ade jaminan masa depan. Well,terjamin ke?? Masa depan kita tak boleh nak predict. Secara ekonomi, yes memang terjamin. But hati? When it comes to love, compassion, tolerate tu takde? Camne? adakah tu satu jaminan masa depan? Takkan belaku perpisahan ataupun penceraian bila da kawen? Well, we don't know. 

When it comes to love, fight for it.  Fight for your happiness and what you think is right for you. Not just listen to what other people said or think. Especially when it involves family. If you find that someone else is better and can make you happy and also can guide you, explain it. Or make them understand. Kita da besa untuk buat keputusan sendiri. Bukan hanya ikut telunjuk je.

Because when you believe in something, that's makes you strong. And when you believe in love, you're strong when you're together. you can through all the hits that comes to you.

Harta, pangkat tu semua hanya sementara. Untuk apa dan tujuan apa kalau kejar kan yang tu semua? Tapi kalau tak memahami, Takde sayang? Kite je memahami dia, dia langsung taknak cuba faham kita?? What's the point?

We should find someone that always be there for you no matter how far he is or even close. Always makes you feel that he always right there beside you. Tak kira masa susah atau senang. Face it together. That's what love and happiness about. And of course, love him because of himself.


don't let love go~~


So please, if you already find someone that always be with you, appreciate. Don't ever let go. Cause it only happen once in your life.


just saying : just wanna be happy with him. And he is the right person. I know that he can guide me and took care of me.

Friday 8 April 2011

Jangan marah kalau lelaki obses bola

Oh bola..bola...makan bola, tido bola, minum bola. Haha tapi tu dulu. Tapi sekarang da tak. Aku tak tahu istilah apa. Hehe. Tapi lelaki memang tak dapat dipisahkan dengan bola kecuali kalau lelaki tu bukan lelaki sejati. Ooopss!!Yup walaupun lelaki tu tak rajin tengok bola, tapi mesti die minat jugak bola and ada fave team. Tapi kalau perempuan pulak, die akan tengok player. Termasuk aku la tuh. Yeah of coz la. Contohnya masa Piala Suzuki hari tu, dalam sekelip mata je Khairul Fahmi and Safee Sali tu femes. Yang tak ensem pon boleh jd ensem. Haha. Tapi aku bukan nak cite pasal pompuan dan bola. Tapi aku nak cite pasal lelaki dan bola. Sebab aku sendiri melaluinye. Ye! Si dia sangat obses dengan bola. Lagi2 dengan Man U die tu. Ooohhh tolong la awak!! Dan sebab Man U jugak la kitorang selalu betekak. Sebabnye aku minat Gerard which is dalam team Liverpool. Memang musuh la kan. Haha. Pernah si dia monyok gile sebab Man U kalah dengan Liverpool. Hehe. Bayangkan la betapa obses nye die dengan Man U dia tu. Huhu. Tapi takpe, walaupon awak minat Man u, saya tetap sayang awak. *wink*

oh si botak rooney dan si comel gerard~~


Well, lelaki memang suke dok lepak kedai mamak ke, kedai makan mane2 la untuk tengok bola. Yep, so kepada awek2 yang ade bf die suke lepak kedai mamak tengok bola, jangan marah. Rileks je. Sebab bagi lelaki, bila tengok bola ianya satu kepuasan. And lagi2 bile team yang diorang sokong tu menang. Lagi la kepuasan melanda. So, takyah la nak merajuk ke ape ke. Tak de ape nye. Kalau tak pon apa kata korang join skali bf korang tu tengok bola. Mesti seronok sebab dapat have fun same2. And at the same time dapat la memahami minat pasangan korang tu. 

Sebut pasal memahami ni kan, aku ade cerita. Ada sekali tu si dia nak men PES. Ye, men Pes je pon sebab kawan die ajak. Well aku tak kisah kalau die nak men masa aku da tido. Tapi disebabkan kawan die ajak, die men jugak. Aku merajuk. Yep. Aku merajuk sebab masa tu aku nak tido da. Tunggu la jap kan. Dia tak dulik pon aku merajuk. Huh! Nak aje aku tulis kat status fb besa2 'kenapalah orang dulu2 cipta bola ni kan'. Aku bagitau dia camtu. Then dia cakap kat aku camni, 'awak lagi suke kalu benda tu tak pernah ade dari faham ape yang saya minat kan?'. Oh, aku rasa cam kene tampar je masa tu. Bukan aku tak faham, aku cume...erm..biase la kan. So. start that moment, aku sedar something. Yang kite memang kene memahami pasangan kita. Not just sayang, cinta or setia. And si dia cakap benda yang sama. Yang penting memahami and percaya. Ye, si dia sentiasa memahami aku and always support aku. Why don't i do the same thing,right?

So, kepada gf di luar sana, jangan marah kalau bf korang minat bola, men bola ke PES ke atau berkaitan dengan bola especially futsal. Tu salah satu sport kan. Boleh sihat ape. Takyah la nak merajuk sakan. Paling lame diorang main pon 3 jam je. Kite sebagai gf kene support. We support each other. Then the relationship will feel great!




just saying : teringin nak men futsal dengan si dia...ermmmm

Monday 4 April 2011

Panic at the disco - Ballad of Monalisa

Oh da lama sebenarnya aku tak dengar lagu kumpulan Panic at the Disco ni. Last sekali aku dengan 9 the Afternoon. Not bad la lagu tu. Tapi masa tu aku rasa da tak berapa best sebab imej diorang cam da lain sikit. But, with this new song and video i think they're back! Hehe. Aku suke imej diorang yang macam ni. Ala-ala tahun 1800 camtu. Which is kalau korang tengok video I write sins not tragedy, video die lebey kurang camni imej nye. Dalam video lagu But it's better if you do   lebih kurang la sama. Oh ye kumpulan ni memang tajuk lagu die panjang2. Don't know why. Enjoy the video.

Susah orang sombong tak bertempat

Semalam ade keje kawen kat rumah kawan aku. Tapi aku tak dapat datang. Sori babe tak dapat datang sebab senggugut aku tiba2 datang. Sakit gile and sekarang pon still sakit lagi nih. Biasala orang perempuan...hehe. 
Oh ya, kebetulan abah aku pergi keje kawen jugak. Aku jadi pelik bila ada orang sombong tak bertempat. Kenapa ye? Konon dapat menantu dari family kaya pastu taknak jemput keluarga datang? Apa bangga sangat ke dapat menantu kaya? Malu ke dengan keluarga sendiri yang hidup sederhana? Wei, tak gelojoh la tak jakun pon dengan menantu kaye ko tu! Bukan bawak mati pon kaye tu. In fact, yang kaye tu keluarga menantu ye? Not your family. Pastu jenis tak reti nak tegur orang. Selisih sebelah sepupu pon tak tegor? Ok la fine kalau tak nak tegur sepupu sendiri. Tapi tak kan ngan bapak sedara kau yang wali kau tu pon kau taknak tegur? Apa kau ingat muka kau lawa tak standard la nak tegur? Wei, setakat la eye shadow kau tu tebal tak yah la. Aku rasa aku lagi comel kot. Tak yah la nak bangga dengan harta dunia. Nak bangga dengan pangkat tinggi. Kalau pangkat ko tinggi langit pon, harta kau banyak satu dunia pon, tapi takde bahasa, orang takkan hormat jugak. Contoh nye tu ha Hosni Mubarak tu ha. Kaye ape tapi rakyat tetap tak suke. Haha. Ade kene mengena ke?


Bia la muka tak cantik, keje biasa, tapi kalau ade budi bahasa, orang akan hormat kita.Ingat2 la. Dunia ni bentuk sfera. What goes around comes around. 




just saying : harta dunia boleh cari...tapi harta untuk akhirat?

Saturday 2 April 2011

Susah lelaki bajet ni...

Aku tak suka lelaki bajet macho ni. Geli siak. Rasa aku nak sepak je muka ko laju2. Da banyak kali aku bagitau ko pon ko tak faham kan? Nak tau kenapa aku camni? Ni ar pasal member sekolah aku ni ha.Dari sekolah lagi die dok usha aku tapi aku tak layan. Sebab ape?Sebab ni ar. Bajet!! Cas die cam ensem sangat je. Da  ar suke2 panggil aku baby.Pehh bile mase plak aku jadi baby ko?? Tak memasal kan. Nyirap. Aku da bagi tau ko la gile. Jangan panggil aku baby. Wei, si dia pun tak panggil aku baby la seng...!! Aku tak kisah kalau ko ajak aku keluar lepak. Just layan aku cam biase la, Ni siap nak ber 'I' 'u' plak ngan aku . Pehal?? Geli r wei!! Nak muntah aku. Bajet kalo keluar bedua cam aku ni awek ko la??!! Blah!! Aku tak suke la gile. Kalau betul nak orang tengok aku ni cam awek ko, belanje la makan ke ape kalau keluar tu. Ni tak, ajak lepak tapi takde duit. Pastu konon belanje pastu tak cukup duit. Pebende??? Da ar duit minyak pon mintak mak.  Kate gaji dekat 2000.  Mane la duit ko tu banyak2 ek? Pastu kalau nak sms aku nak bahasakan name plak. Selama ni boleh aku kau je tiba2 bahasakan name...apa sawan la ko ni??



Pastu time ko takde awek konon nak amek aku balik keje la sebab takde awek nak amek. Takpe2. Terima kasih banyak2 ye. Aku boleh balik sendiri. I don't need all that from u. Cukup la aku ade si dia walaupon jaoh. Pastu ko nak keje kat Kl ko tanya tak nak jumpe ko ke tak nak. Ko yang nak jumpe aku kan? Pastu aku tak reply sms ko tanye kenapa aku tak reply. Faham2 sendiri la ye. Kalau member buat cara member. Aku tak suke la cara ko treat perempuan cam 'konon' awek la....Padahal nak belanje eskrem pon takde duit!


Ngan aku tak yah bajet ko tu ensem ke..ko tu gentle man ke. Aku tetap anggap ko and layan ko cam member je la. Takde nye nak lebih2. Dari dulu sampai sekarang tak berubah ape2. Dah2 la ko tunjuk bajet ensem ko tu kat aku ye....Ayat2 manis ko tu takkan nye buat aku cair cam coklat cam pompuan2 lain yang ko buat. Da2 la ye...


just saying : nak makan eskrem mCd la...nyum2!!

Wednesday 30 March 2011

Bukan tak suka ade maid, tapi...

Oh hari ni memang penat. Padahal kat ofis takde keje pon. Tak tau la nape. Erm, budak ofis aku tu nak berhenti keje da. Bulan depan die last. Aaaa..aku pon nak cari keje lain la camni. Bukan dok umah ngan mak tak best, best sebab tak pikir ape. Just nak berdikari sendiri. Da umur 23 pon dok umah ngan mak. Kalau membe pompuan aku ade kat mua ni tak pe gak. Pastu kalau dok umah ni ade maid pon cam ape ntah, baik aku dok umah sewa ngan membe lagi best. Mesti korang pikir kenapa kan? Ermm..bukan aku tak suke ade maid. Memang la best, semua keje die buat. Kalau dapat yang ok, kalau dapat yang tak ok camne? Tapi kalau bab kat umah aku ni, die ok je. Well, honestly die ok just ngan majikan die je la. And my mummy Datin Azizah and ofkos my daddy Datok Razak. Abah aku actually not a Datok and my mummy not a Datin. Just nama panggilan aku je kat diorang je. Hehe. Well abah memang datok pon sebab da ade cucu.

Ok lets back to the topic. Bukan aku tak suke ade maid. And maid aku pernah tanya kalau aku kawen nanti mesti kene amek maid sebab aku ni pemalas. Yes aku admit yang aku ni pemalas. Memang susah nak tengok aku kemas rumah apatah lagi dok memasak. Tapi tak bermaksud aku tak tau nak mengemas atau memasak. Sebab dulu masa study ade kemas umah and masak ok. Then bila da balik umah mak sekali sekala memang la malas. Nak manje ngan mak la konon. Lepas die tanya aku camtu aku jawab la yang aku taknak amek maid. Die tanya kenapa? Aku jawab la aku nak urus kan rumah tangga aku sendiri. Aku boleh jaga family aku sendiri ape. Ape die susah nak aku amek maid? Lepas tu die boleh cakap alangkah umah mak pon tak nak kemas apatah lagi da dok sendiri. Weh, kalo camtu buat ape la dok baya gaji ko kalo ko tak buat keje?? Tu je la jawapan nye kan? Lepas tu boleh pulak kan semua barang yang kat umah ni nak bagi ko kan. Buat la muke kesian ko tu. Ko ingat aku nak kesian? Korang cakap la aku kejam ke ape. Pedulik ape aku. Baik maid aku yang sementara dulu tu la bagus! Takde banyak tanya kat aku.

Ha tu yang tu. Bukan aku tak suka ade maid, tapi kan diorang buat semua keje. Dari kemas umah, basuh baju, gosok baju sampai la masak. Whaattt?? Masak pon sekali. Aku tak la kate ape, sekarang memang la semua orang bekerja tak kira la suami ke isteri. Which is yang kawen ngan Dato' pon tak keje tapi ade maid kat umah. Tapi aku pikir camni. Diorang da kemas umah, bile suami korang balik umah, suami akan pikir 'maid da kemas umah'. Then, basuh n gosok baju, 'maid da basuh n gosok baju'. Bila masak 'sedap maid aku masak'. Korang nak ke suami korang yang pikir maid buatkan semua tu? Aku tak nak. Aku nak bia suami aku pikir camni bila die balik umah yang kemas, 'wah, isteri aku kemas umah'. Lepas tu bila basuh baju n gosok baju, 'isteri aku gosokkan baju'. Kan ade sentuhan isteri yang die bawak g keje. Bukan maid korang tu. Bila masak pulak suami akan pikir camni, 'sedap nye my wifee masak'. Walaupon tak sedap die akan cakap sedap sebab korang ikhlas masakkan die.

Well tak la aku cakap semua maid tu tak bagus. Ade yang bagus. Well ade pro and contra nye la orang kate kan. Up to u la ape2 pon.

just saying : kat paper maid dera anak majikan. kat umah aku anak majikan dera maid. camne tu?? Anak buah aku memak ganas tak rupa cm pompuan.