Thursday 28 April 2011

Lama-lama boleh keras bontot

Okay. Aku da dekat dua minggu datang opis tak de keje nak buat. Balik-balik dok melangok main game. Pastu dok baca blog. Bontot aku pun da naik keras da ni dok je melangok. Bosan ni. Last2 aku decide tengok cerita korea. Ha orang cakap best sebab tak de keje. Tapi aku da tahap gaban cipan da ni. Kalau ade pun drawing kene amend je. Ape la sangat drawing kene amend kan. Nasib la aku nak berhenti da. Tu la kot bos aku tak bagi aku kerja da. Haha. Tak sabar aku nak keje tembat baru weh. Cam lagi best je. Hehe sori ye encik boss. Aaaaaaaaa aku da tak tahu nak buat apa da. Da r gaji tak masuk lagi ni. Eh ape kene mengena gaji ni? Yela kalau tak de gaji takde duit. Da tak de duit bosan la tak dapat pegi mane2. Nasib la hari tu si dia masukkan duit. Ada la duit belanje makan. Kalau tak memang aku takde duit belanja da. Haha. Terima kasih awak. Aiyyaakk. Apa mahu buat ha?


takla sampai camni...hehe
Bila la nak jadi kaya, banyak duit boleh beli beg LV ori. Hakhak. Berangan lebey la. Kalau setakat gj 4angka yang paling kecik tak yah berangan ok? Tunggu kawen laki kaya. Perasan. Sape laki kaya nak kau Miss Erillia? Haha. Badan kecik cam budak sekola tak cukup umur. Hampeh tol. Tak kisah la tak dapat laki kaya pon janji dapat laki yang boleh jaga dan bimbing aku dengan baik da la. Ha tengok la aku da melalut da. Da da kang makin banyak aku dok ngarot. Haha.


just saying : memang aku da stat melalut dari mula kan?
 

Tuesday 26 April 2011

Zahiril Adzim + Remy Ishak

Semalam aku tengok cerita Juvana. Sebenanya aku tengok pun sebab Zahiril Adzim. Sebab aku suke tengok dia belakon. Sejak dari Kami lagi. Lepas tu Abam, Merah Putih, cerita apa lagi aku tak pasti. Tapi dia belakon memang best. Selain tu ade Bront Paralae dan Irfan Roslan. Oh Irfan tu sangat hensem sejak aku tengok dia berlakon dalam Sutera Maya. Masa tu dia berlakon jadi watak Mikhail. Haha. Okay...okay. Suka nya aku tengok Zahiril Adzim tu sebab bagi aku dia tu macho. Ermm dia tak hensem tapi ada x-factor. So, tak heran la kalau Shera Ayob tu jatuh hati kat Zahiril ni. Hehe. And salah sorang kenalan kat fb aku cakap yang dia ni sangat la humble sebab dia pernah jumpa Zahiril ni in person. Waaa..sangat jeles aku nih. Hehe.Tapi Zahiril ni memang best la dan sangat macho. Kalau la dapat boyfriend cam dia. Haha. Oooppss. Awak, jangan risau, saya memain je. Awak pon macho jugak. 


nasib ler nak tunang da~~


Selain tu pelakon Malaysia yang aku rasa macho adalah Remy Ishak. Haish, mesti korang ingat sebab cerita Nur Kasih kan? No. Bukan. Aku suke dia jadi watak Tengku Haidar dalam cerita Sindarela. Sangat suka dia masa tu. Haha. Lepas tu kan aku tengok cerita die belakon Anak Halal. Dalam cerita tu watak die kecik je. Tapi yang aku tak boleh tahan aku tengok dia belakon filem pendek tajuk Comolot. Cerita pasal gay. Tapi aku rasa dia tak gay kot. Hehe. Harap2 la. Kan dia ade iklan baru. Iklan Dashing. Haaaa.....masa tu la aku tengok dia paling macho. Wallahh!! Dah2, makin  banyak aku ngarot nanti. Haha. 
macam hero hindustan suda~~
just saying : Si dia pon macho jugak~~

Monday 25 April 2011

Hug

Hari tu aku cari gambar untuk buat wallpaper. Then aku jumpa pic ni. Sangat comel.







Awak....saya nak jugak... hehe~~

Saturday 23 April 2011

Terima kasih Cinta

Terima kasih Cinta. Pernah tak ungkapkan ayat ni? Mungkin ade yang pernah, ade yang tak pernah. Aku sangat berterima kasih pada si dia. Dan paling aku sangat berterima kasih pada The Almighty Allah sebab bagi aku rasa perasaan ni kembali. Ade orang geli bila cakap perkataan cinta. Aku pon same. Terlalu eeuuwwww. Tapi aku suka ayat 'Terima kasih Cinta'.  Dan aku berterima kasih pada cinta dulu. Sebab buat aku matang dan tak mengulangi kesilapan yang sama. Walaupun terputus di tengah jalan, but thanks. U taught me well about love and hurt. Sakit nya kecewa jangan cerita. Lepas tu kau datang balik terhegeh2 tagih cinta yang kau lepaskan. Sorry to say, aku jenis move on. Aku tak kan terima benda yang da lepas walaupun tu salah aku. Walaupun kau letak hadiah kat depan rumah setiap kali besday aku pun, kau tak tuka no fon, kau add aku kat fb pon, maaf. Aku takkan terima. Kerana hati aku sekarang hanya milik si dia. Dan aku doa hanya untuk si dia. 

Ucapkan terima kasih cinta sebab ia ajar kita how to take care of someone is stranger at first, how to be jeleous, how to love, also how to hate someone when it hurt. But for me, I didn't hate but I don't care. Lantak kau la kalau kau tak kawen pun. Takde kene mengena ngan aku.

Dan terima kasih cinta sebab bagi aku rasa perasaan ni balik bila dengan si dia. Sebelum ni aku kecewa. Ya, aku kecewa sampai aku tak percaya kan relationship yang setia. Bagi aku setiap relationship tu mesti ada skandal. Susah untuk couple tu setia. Tengok je kawan2 aku, ada couple pun still boleh keluar dengan orang lain. Huh. Bagi aku baik tak yah ade couple kalau camtu. Sayangye tu letak kat bontot. Tu bukan sayang tapi nafsu. Sayang macam tu memang tak ke mana. 

Bila aku couple dengan ex aku yang sebelum ni which is Mr P, aku tak sayang dia. Tapi dia baik, susah nak marah aku dan sentiasa maafkan aku bila ku buat salah. Jadi aku serba salah. Sorry Mr P. Kene jugak berterus terang. Dari I  tipu U kan? Sampai bila?

Tapi bila dengan si dia, aku rasa alive again. He gave me strength, mood and even makes me smile even he is millions miles away. 

So, ucapkan lah Terima kasih Cinta. Dan juga jangan hanya sayang bersandarkan nafsu semata. Couple is not for fun. Bukan hanya untuk bermanja. Tapi untuk kita share everything. Be there for each other. Terima kelemahan masing2 dan perbaiki bersama. Selepas itu, TERIMA KASIH CINTA!!

Terima kasih cinta sehingga hari tua

just saying : ucapkan terima kasih cinta pada mak dan abah.

Aku da mula di panggil kakak

Oh semalam aku pergi tengok wayang cerita Red Riding Hood. Masa mula2 tu macam tengok Twilight. Mungkin sebab dari pengarah yang sama. Lagi pon cara senimatografi dia pon lebih kurang. Tapi boleh tahan jugak la cerita nya. Huhu. Tapi aku bukan nak cerita pasal cerita Red Riding Hood. Aku nak cerita masa aku beli popcorn. Masa aku g beli tiket tu abang aku suruh beli popcorn. Lepas tu aku beli la. Masa kat kaunter tu budak laki cashier tu tanya 'Ye kak, nak beli ape?'. Aku jawab nak popcorn combo. Lepas tu abang aku cakap ' kakak da....'. Baru aku perasan. Eh, aku da tua ke? Da dipanggil kakak. Haha. Aku da mula da terasa yang aku da mula nampak agak matang. Ermm, bukan tua ye. Aku masih lg muda. Senyum perasan sendiri. 

Ye la, kawan2 pon da mula melangkah ke alam perkahwinan. Lepas sorang, sorang kawan aku kawen. Aku da mula rasa tekanan bila orang asek tanya bila aku pulak. Aaaaaahhhh. Aku muda lagi. Banyak lagi yang aku nak belajar. Banyak benda yang aku nak masih tak tercapai. Abang aku pon belum kawen lagi. Rilex je. Ingat kawen tu senang? Tanggungjawab besar. Aku ni masak pon lom pandai. Setakat masak air pandai la. Haha. 

Ermm. Bila da mula di panggil kakak aku da mula terfikir, tanggungjawab makin besar. Sebab tanggungjawab makin besar bila umur meningkat. Bagi aku la. Aku tak tau orang lain. Andai kata boleh la undur waktu, aku nak kembali masa kanak2.  Masa boleh men kejar2 laki dan pompuan. Men galah panjang, men lumbe basikal. Yang paling best, men bola pakai botol plastik. Haha. Tu la paling aku suka. Erm hidup kene pandang ke depan. Da kene pikul tanggungjawab sekarang ni. Kene semakin matang.  


Masa hadapan terbentang luas







Masa depan terbentang luas. Kita yang nak hadapinye, jadi kita yang pilih jalannya.Jangan hanya mengikut arus. Kene ikut kata hati juga dan dibantu akal fikiran. Ohh, sangat tak percaya aku da dipanggil KAKAK.



just saying : Tetap rasa muda... Sengeh.

Wednesday 20 April 2011

Sama-sama degil

Da bape aru aku tak post ape2. Sebab? Aku tak tau nak tulis ape. Hehe. Hujung minggu yang bosan macam biasa. Cuma bff aku datang tido umah so tak berapa nak bosan la. Boleh la dok lepak kua ngan dia. So bila malam boleh pinjam lappy dia. Sebab lappy aku rosak. Aku pinjam la online kan. Aku tengah kumpul duit nak beli lappy baru ni. Ermm. 

Bila da pinjam lappy tu, aku pon on skype. Da lama tu aku tak skype dengan si dia. Asyik bbm je. Punye la seronok skype dok becakap dengan dia, sekali da kul 10 lebey. Dia cakap nak g jog. Sebab kat sana baru pas asar. Mula2 aku tak bagi sebab kejap sangat cakap ngan dia. Pastu dia cakap nak keluarkan peluh. Ok. Aku tak kisah la. Aku tanya nak jog mane. Dia cakap belakang umah. Ha? Aku terus tak bagi.Sebab aku tau belakang umah dia tu padang bola. Sebab tiap2 petang dia memang men bola kat situ. Aku tak bagi dia men bola sebab kuku kaki dia sakit. Dia cakap nanti abes liga dia pegi cabut. Tup2, masa dia kua g beli barang kene pijak ngan arab pakai boot. Balik umah kuku nye tercabut. Merah kaki. Sebab tu aku tak bagi dia men bola dulu. Walaupon dia cakap da tak sakit. Aku nak dia rehat men bola 2 3 hari. Aku tak nak nanti masa liga kaki sakit tak leh men pulak. Tapi dia pedulik ape kan aku cakap. Sakit kaki, migrain tu pon hilang kalo dapat men bola. Huh!Aku nasihat tak nak dengar, Punya la degil. Bila aku tak bagi dia pelik. Aku cakap la macam la aku tak tau belakang umah dia tu padang. Saja bagi alasan nak jog padahal nak men bola. Dia bantai gelak je la. Macam aku tak tau la banyak akal dia tu. Aku cakap no men bola sampai selasa. FULL STOP. Kalau nak men jugak, kalau sakit jangan ngadu kat aku. Da nasihat tak nak dengar. 
Haish. Ape2 je. Ha, ari tu ade la kan aku tunjuk baju kt die. Aku ingat nak beli online. Sekali dia tak bagi. Sebab nye baju tu jarang. Hah? Aku cakap kan boleh pkai inner. Dia cakap tak nak, tak boleh! Dia cakap kalau beli jugak jangan pakai. Whaaatt?? Susah jugak kalau dapat bf anak ustaz ni rupenye. Huhu. Aku nak jugak. Dia cakap NO. Tensen. Aku tunjuk baju lain. Bende yang pertama dia tanya, 'jarang tak?'. Grrrr. pastu aku tanya dia balik , 'baju yang saya pakai sekarang ni jarang. Tapi saya pakai inner. Pasni tak leh pakai la?'. Dia jawab, 'yang da ade takpe. Tapi jangan beli lagi.' Heeeiii. Aku jawab balik, 'senang saya pakai jubah je. Senang.' Dengan senang hati nye dia jawab, 'pakai la. saya lagi suke'. Aaaaaahhhhh!! Aku pulak terkene balik. Tak kira, nak jugak baju tu!


Well, bila di pikir2 balik same2 degil sebenanye. Sajak la degil dengan degil. Haha. Apa2 pon tu yang buat kitorang lebih memahami. Tak kan sebab benda camtu pon nak gado sampai putus. Betul tak? At last, dia tak men bola pon. Aku pon tak beli baju tu. I respect what he want and he respect me back. We should respect each other. That's what important. 


just saying : nak jalan2 dengan dia......

Thursday 14 April 2011

Love each other even hate each other




Semalam si dia bagi video ni kat aku. Dia cakap very nice video. Aku ingat kan ape la kan. Video ni dari cerita Grey's Anatomy. Aku tak tengok pon cerita ni. Tapi dia kata best. Dia memang minat cerita ni sebab die minat watak Dr Shepard tu yang neurosurgeon. Hoho. Sebenarnya aku pon tak tau ape tu neurosurgeon. Aku tanya die rupenye tu doktor pakar otak laa. Hehe. 

Dalam video ni sebenarnye ade mesej yang nak disampaikan. Sebab si dia suke bila pompuan tu cakap ' you'll love me even you hate me'. That's mean to love each other even hate each other. Waa. Betul2 bemakna. Aku rasa benda ni memang patot kot. Yela, bila korang bergadoh, korang akan rasa benci kan? But at the same time korang sayang, betul tak? Hehe. Senyum. 

Then yang paling best ' to take care each other even we're old, smelly and senile and f I get Alzheimer's and forget you'.......'I will remind you who I am everyday'. Wow! Really nice. That's what true love about. Doesn't matter about anything else. And the reason you love is because of them. Diri pasangan tu sendiri. Bukan sebab lain. Awak, will you do the same??I hope you will. And thanks for everything. 



Oh ye, thanks jugak bagi lagu ni kat saya. Thanks once again!








just saying : the reason i love is u!!


Tuesday 12 April 2011

Fight for love and happiness

Semua orang nak bahagia. Tapi adakah semua dapat orang dapat kebahagiaan tu? Bukan semua dapat kebahagiaan kalau tak di cari dan tak diperjuangkan. Well, fight fo your love, fight for your happiness. Then you will be happy. Tapi ade orang kata, cinta dan kasih sayang tu tak bermakna kalau takde duit, takde harta. Well, duit dan harta boleh di cari kalau berusaha. Tapi kebahagiaan? Kau boleh cari kat tepi jalan ke? Kalau boleh cari kat tepi jalan tu bukan kebahagiaan, tapi nafsu. 

Well it's hard to fight for your love and happiness when it involves family. Lagi2 bila dulu pernah bekawan dengan orang yang da ade keje bagus and kononnya da ade jaminan masa depan. Well,terjamin ke?? Masa depan kita tak boleh nak predict. Secara ekonomi, yes memang terjamin. But hati? When it comes to love, compassion, tolerate tu takde? Camne? adakah tu satu jaminan masa depan? Takkan belaku perpisahan ataupun penceraian bila da kawen? Well, we don't know. 

When it comes to love, fight for it.  Fight for your happiness and what you think is right for you. Not just listen to what other people said or think. Especially when it involves family. If you find that someone else is better and can make you happy and also can guide you, explain it. Or make them understand. Kita da besa untuk buat keputusan sendiri. Bukan hanya ikut telunjuk je.

Because when you believe in something, that's makes you strong. And when you believe in love, you're strong when you're together. you can through all the hits that comes to you.

Harta, pangkat tu semua hanya sementara. Untuk apa dan tujuan apa kalau kejar kan yang tu semua? Tapi kalau tak memahami, Takde sayang? Kite je memahami dia, dia langsung taknak cuba faham kita?? What's the point?

We should find someone that always be there for you no matter how far he is or even close. Always makes you feel that he always right there beside you. Tak kira masa susah atau senang. Face it together. That's what love and happiness about. And of course, love him because of himself.


don't let love go~~


So please, if you already find someone that always be with you, appreciate. Don't ever let go. Cause it only happen once in your life.


just saying : just wanna be happy with him. And he is the right person. I know that he can guide me and took care of me.

Friday 8 April 2011

Jangan marah kalau lelaki obses bola

Oh bola..bola...makan bola, tido bola, minum bola. Haha tapi tu dulu. Tapi sekarang da tak. Aku tak tahu istilah apa. Hehe. Tapi lelaki memang tak dapat dipisahkan dengan bola kecuali kalau lelaki tu bukan lelaki sejati. Ooopss!!Yup walaupun lelaki tu tak rajin tengok bola, tapi mesti die minat jugak bola and ada fave team. Tapi kalau perempuan pulak, die akan tengok player. Termasuk aku la tuh. Yeah of coz la. Contohnya masa Piala Suzuki hari tu, dalam sekelip mata je Khairul Fahmi and Safee Sali tu femes. Yang tak ensem pon boleh jd ensem. Haha. Tapi aku bukan nak cite pasal pompuan dan bola. Tapi aku nak cite pasal lelaki dan bola. Sebab aku sendiri melaluinye. Ye! Si dia sangat obses dengan bola. Lagi2 dengan Man U die tu. Ooohhh tolong la awak!! Dan sebab Man U jugak la kitorang selalu betekak. Sebabnye aku minat Gerard which is dalam team Liverpool. Memang musuh la kan. Haha. Pernah si dia monyok gile sebab Man U kalah dengan Liverpool. Hehe. Bayangkan la betapa obses nye die dengan Man U dia tu. Huhu. Tapi takpe, walaupon awak minat Man u, saya tetap sayang awak. *wink*

oh si botak rooney dan si comel gerard~~


Well, lelaki memang suke dok lepak kedai mamak ke, kedai makan mane2 la untuk tengok bola. Yep, so kepada awek2 yang ade bf die suke lepak kedai mamak tengok bola, jangan marah. Rileks je. Sebab bagi lelaki, bila tengok bola ianya satu kepuasan. And lagi2 bile team yang diorang sokong tu menang. Lagi la kepuasan melanda. So, takyah la nak merajuk ke ape ke. Tak de ape nye. Kalau tak pon apa kata korang join skali bf korang tu tengok bola. Mesti seronok sebab dapat have fun same2. And at the same time dapat la memahami minat pasangan korang tu. 

Sebut pasal memahami ni kan, aku ade cerita. Ada sekali tu si dia nak men PES. Ye, men Pes je pon sebab kawan die ajak. Well aku tak kisah kalau die nak men masa aku da tido. Tapi disebabkan kawan die ajak, die men jugak. Aku merajuk. Yep. Aku merajuk sebab masa tu aku nak tido da. Tunggu la jap kan. Dia tak dulik pon aku merajuk. Huh! Nak aje aku tulis kat status fb besa2 'kenapalah orang dulu2 cipta bola ni kan'. Aku bagitau dia camtu. Then dia cakap kat aku camni, 'awak lagi suke kalu benda tu tak pernah ade dari faham ape yang saya minat kan?'. Oh, aku rasa cam kene tampar je masa tu. Bukan aku tak faham, aku cume...erm..biase la kan. So. start that moment, aku sedar something. Yang kite memang kene memahami pasangan kita. Not just sayang, cinta or setia. And si dia cakap benda yang sama. Yang penting memahami and percaya. Ye, si dia sentiasa memahami aku and always support aku. Why don't i do the same thing,right?

So, kepada gf di luar sana, jangan marah kalau bf korang minat bola, men bola ke PES ke atau berkaitan dengan bola especially futsal. Tu salah satu sport kan. Boleh sihat ape. Takyah la nak merajuk sakan. Paling lame diorang main pon 3 jam je. Kite sebagai gf kene support. We support each other. Then the relationship will feel great!




just saying : teringin nak men futsal dengan si dia...ermmmm

Monday 4 April 2011

Panic at the disco - Ballad of Monalisa

Oh da lama sebenarnya aku tak dengar lagu kumpulan Panic at the Disco ni. Last sekali aku dengan 9 the Afternoon. Not bad la lagu tu. Tapi masa tu aku rasa da tak berapa best sebab imej diorang cam da lain sikit. But, with this new song and video i think they're back! Hehe. Aku suke imej diorang yang macam ni. Ala-ala tahun 1800 camtu. Which is kalau korang tengok video I write sins not tragedy, video die lebey kurang camni imej nye. Dalam video lagu But it's better if you do   lebih kurang la sama. Oh ye kumpulan ni memang tajuk lagu die panjang2. Don't know why. Enjoy the video.

Susah orang sombong tak bertempat

Semalam ade keje kawen kat rumah kawan aku. Tapi aku tak dapat datang. Sori babe tak dapat datang sebab senggugut aku tiba2 datang. Sakit gile and sekarang pon still sakit lagi nih. Biasala orang perempuan...hehe. 
Oh ya, kebetulan abah aku pergi keje kawen jugak. Aku jadi pelik bila ada orang sombong tak bertempat. Kenapa ye? Konon dapat menantu dari family kaya pastu taknak jemput keluarga datang? Apa bangga sangat ke dapat menantu kaya? Malu ke dengan keluarga sendiri yang hidup sederhana? Wei, tak gelojoh la tak jakun pon dengan menantu kaye ko tu! Bukan bawak mati pon kaye tu. In fact, yang kaye tu keluarga menantu ye? Not your family. Pastu jenis tak reti nak tegur orang. Selisih sebelah sepupu pon tak tegor? Ok la fine kalau tak nak tegur sepupu sendiri. Tapi tak kan ngan bapak sedara kau yang wali kau tu pon kau taknak tegur? Apa kau ingat muka kau lawa tak standard la nak tegur? Wei, setakat la eye shadow kau tu tebal tak yah la. Aku rasa aku lagi comel kot. Tak yah la nak bangga dengan harta dunia. Nak bangga dengan pangkat tinggi. Kalau pangkat ko tinggi langit pon, harta kau banyak satu dunia pon, tapi takde bahasa, orang takkan hormat jugak. Contoh nye tu ha Hosni Mubarak tu ha. Kaye ape tapi rakyat tetap tak suke. Haha. Ade kene mengena ke?


Bia la muka tak cantik, keje biasa, tapi kalau ade budi bahasa, orang akan hormat kita.Ingat2 la. Dunia ni bentuk sfera. What goes around comes around. 




just saying : harta dunia boleh cari...tapi harta untuk akhirat?

Saturday 2 April 2011

Susah lelaki bajet ni...

Aku tak suka lelaki bajet macho ni. Geli siak. Rasa aku nak sepak je muka ko laju2. Da banyak kali aku bagitau ko pon ko tak faham kan? Nak tau kenapa aku camni? Ni ar pasal member sekolah aku ni ha.Dari sekolah lagi die dok usha aku tapi aku tak layan. Sebab ape?Sebab ni ar. Bajet!! Cas die cam ensem sangat je. Da  ar suke2 panggil aku baby.Pehh bile mase plak aku jadi baby ko?? Tak memasal kan. Nyirap. Aku da bagi tau ko la gile. Jangan panggil aku baby. Wei, si dia pun tak panggil aku baby la seng...!! Aku tak kisah kalau ko ajak aku keluar lepak. Just layan aku cam biase la, Ni siap nak ber 'I' 'u' plak ngan aku . Pehal?? Geli r wei!! Nak muntah aku. Bajet kalo keluar bedua cam aku ni awek ko la??!! Blah!! Aku tak suke la gile. Kalau betul nak orang tengok aku ni cam awek ko, belanje la makan ke ape kalau keluar tu. Ni tak, ajak lepak tapi takde duit. Pastu konon belanje pastu tak cukup duit. Pebende??? Da ar duit minyak pon mintak mak.  Kate gaji dekat 2000.  Mane la duit ko tu banyak2 ek? Pastu kalau nak sms aku nak bahasakan name plak. Selama ni boleh aku kau je tiba2 bahasakan name...apa sawan la ko ni??



Pastu time ko takde awek konon nak amek aku balik keje la sebab takde awek nak amek. Takpe2. Terima kasih banyak2 ye. Aku boleh balik sendiri. I don't need all that from u. Cukup la aku ade si dia walaupon jaoh. Pastu ko nak keje kat Kl ko tanya tak nak jumpe ko ke tak nak. Ko yang nak jumpe aku kan? Pastu aku tak reply sms ko tanye kenapa aku tak reply. Faham2 sendiri la ye. Kalau member buat cara member. Aku tak suke la cara ko treat perempuan cam 'konon' awek la....Padahal nak belanje eskrem pon takde duit!


Ngan aku tak yah bajet ko tu ensem ke..ko tu gentle man ke. Aku tetap anggap ko and layan ko cam member je la. Takde nye nak lebih2. Dari dulu sampai sekarang tak berubah ape2. Dah2 la ko tunjuk bajet ensem ko tu kat aku ye....Ayat2 manis ko tu takkan nye buat aku cair cam coklat cam pompuan2 lain yang ko buat. Da2 la ye...


just saying : nak makan eskrem mCd la...nyum2!!